Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Thursday, February 6, 2014

Kebiadapan melampau orang bukan Islam di Malaysia semangkin menjadi duri dalam daging kepada keselamatan negara???

Kuala Lumpur: Majlis Profesor Negara (MPN) dan bekas ahli DAP semalam membidas pemimpin bukan Islam memanipulasi kandungan khutbah Jumaat yang dibimbangi akan menimbulkan permusuhan agama di negara ini.

Ketua Kluster Tadbir Urus, Perundangan dan Pengurusan Awam MPN, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, berkata pemimpin terbabit sepatutnya mengelak mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama. 
Katanya, berdasarkan pemerhatiannya kandungan khutbah berkenaan adalah menyeru melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan agama dan tiada ayat yang menghasut umat Islam membenci penganut agama lain.

Katanya, pihak terbabit dilihat bertindak keterlaluan mempertikaikan hak umat Islam mengamalkan ajaran agama yang dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan.

JAKIM teliti teks khutbah

“Sudah tentu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meneliti kandungan teks khutbah dan memastikan ia menjurus kepada kebaikan dan keharmonian masyarakat majmuk,” katanya, semalam.

Baru-baru ini, sebuah laman portal berita melaporkan Timbalan Setiausaha Agung PKR, Darell Leiking mempersoalkan khutbah Jumaat yang disediakan JAKIM yang didakwanya boleh mencetuskan perbalahan antara agama di negara ini.

Nada sama disuarakan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang kesal khutbah Jumaat dilihatnya sebagai sengaja meniup sentimen persengketaan agama.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat menyifatkan Kit Siang sebagai pemimpin yang sudah nyanyuk kerana mencampuri urusan agama Islam.
 
MTMR berpendapat Lim Kit Siang bukan nyanyuk tetapi sengaja meniupkan dan menanamkan perasaan benci kepada Agama Islam kepada orang lain. Mahu menjadi juara bagi kepentingan Politik walau dengan apa cara sekalipun.
 
Rakyat Malaysia harus menolak Lim Kit Siang dan pinggirkan mereka ke dalam LOKAP ISA atau gunakan SOSMA bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk lagi berlaku.
 
Orang Melayu Islam di Tanah Melayu, Malaysia telah terlalu lama bersabar dan menahan hati bagi menjaga keharmonian bermasyarakat. Perkara tersebut di angap ringan oleh bangsa lain. Sekiranya perkara ini di biarkan oleh pihak yang bertanggungjawab nantikanlah natijahnya.
 
Sekiranya perkara buruk berlaku maka terputuslah dan terbukalah kunci Perlembagaan Negara.  Tiada keperluan untuk mempertahankan Perlembagaan Negara. Rakyat Melayu Malaysia akan mengunakan undang-undang sendiri sekiranya pihak-pihak yang berkenaan tidak mengambil peduli permasalaahan ini.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat