TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, January 11, 2014

Turki-Malaysia negara Islam contoh

RECEP Tayyip Erdogan menyampaikan ucaptama bertajuk Mentransformasikan Asia Pasifik dan Turki dalam siri syarahan Tun Abdul Razak anjuran Yayasan Penyelidikan Mengenai Transformasi (FORT) di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
 
KUALA LUMPUR 10 Jan. - Turki sentiasa bersedia berganding bahu dengan Malaysia dalam usaha membersihkan tanggapan salah masyarakat dunia yang mengaitkan Islam dengan keganasan.


Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, seperti Malaysia negaranya juga membantah keganasan dan usaha memburuk-burukkan imej Islam.

Menurut beliau, negara-negara Islam yang demokratik seperti Turki dan Malaysia tidak pernah bertolak-ansur dengan kegiatan keganasan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan yang mendakwa mereka berjuang atas nama Islam.

“Saya yakin penekanan terhadap konsep keamanan dan prihatin yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang boleh dijadikan contoh," katanya.

Erdogan berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk Mentransformasi Asia Pasifik dan Turki dalam program Syarahan Ulung Tun Abdul Razak anjuran Yayasan Penyelidikan Mengenai Transformasi (FORT) di sini hari ini.

Yang turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Timbalan Perdana Menteri Turki, Bulent Arinc; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Pengerusi FORT, Datuk Dr. Khairil Annas Jusoh.

Program syarahan tersebut salah satu acara yang diaturkan sempena lawatan rasmi Erdogan selama dua hari di negara ini.

Erdogan turut menyifatkan perbuatan mengaitkan Islam dengan keganasan sehingga mencetuskan fenomena ‘Islamofobia’ di seluruh dunia sebagai tidak menghormati dan menghina agama itu.

Beliau menegaskan, ‘Islamofobia’ boleh diumpamakan seperti perbuatan jenayah kerana telah menimbulkan tanggapan tidak adil terhadap dunia Islam.

“Sehubungan itu, kita mesti berusaha menangkis tanggapan itu dengan menyeru ke arah perdamaian, persaudaraan dan perpaduan," katanya.

Tambah Erdogan, dasar luar Turki yang membabitkan hubungan dengan negara-negara Islam adalah lanjutan daripada usaha yang dipelopori oleh Empayar Uthmaniyyah pada masa dahulu.

“Turki pernah membantu dan berjuang bersama umat Islam di Andalusia, Aceh, Melaka dan Sumatera. Kini, kami melakukan perkara yang sama," jelasnya.

Beliau turut mengecam sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa terhadap tindakan rejim Zionis Israel menindas rakyat Palestin.

Dalam pada itu, Erdogan berkata, Turki sedang berusaha menjayakan Wawasan 2023 dan beliau yakin Malaysia di bawah pentadbiran Najib akan berjaya mencapai segala matlamat yang disasarkan dalam Wawasan 2020.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat