TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, January 3, 2014

Midwest ada potensi pelaburan bagi Malaysia

Rantau Midwest Amerika Syarikat (AS) mempunyai potensi pelaburan bagi Malaysia, kata Pengarah Pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Jeyasigan P Narayanan Nair.

“Walaupun dengan keadaan ekonomi semasa Amerika Syarikat, syarikat di Midwest meninjau peluang pelaburan yang berpotensi di Asia dan juga Malaysia dalam pelbagai sektor, termasuk alat-alat perubatan, produk kejuruteraan, makanan dan bahan kimia dan produk kimia,” katanya di Chicago semalam.

Pemulihan ekonomi di AS sejak kemelesetan 2008 agak perlahan, tetapi kini semakin meningkat.

Nair, yang mengambil alih pejabat MIDA di Chicago pada Ogos 2012, mempunyai bidang kuasa yang luas meliputi 14 negeri di rantau Midwest iaitu Illinois, Indiana, Iowa, Kansas, Kentucky, Michigan, Minnesota, Missouri, Ohio, Tennessee, Wisconsin, Nebraska, South Dakota dan North Dakota.

Beliau berkata, pelaburan terkumpul dari AS dari 2008 hingga Jun 2013 adalah sebanyak AS$9.5 bilion (RM30.8 bilion).

Jumlah pelaburan bagi tempoh Januari hingga Jun 2013 berjumlah AS$1.6 bilion (RM5.2 bilion), berbanding dengan keseluruhan 2012 apabila pelaburan dari Amerika Syarikat berjumlah AS$96.6 juta (RM295.8 juta).

Aliran pelaburan keseluruhan AS ke Malaysia terutama dalam sektor barangan elektrik dan elektronik, produk galian bukan logam, produk kimia dan bahan kimia, jentera dan kelengkapan serta peralatan pengangkutan.

“Kedudukan Malaysia di Asia Tengah dan, khususnya, rantau ASEAN, menyediakan kelebihan kepada negara untuk menjadi hab serantau.

“Infrastruktur yang maju, kemudahan akses ke pasaran ASEAN dan Asia serta tenaga kerja terlatih yang banyak menjadikannya lokasi menarik untuk dilabur,” kata beliau.

Malaysia, jelasnya, sudah meliberalisasikan sektor pembuatan dan 44 subsektor perkhidmatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat