TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, January 6, 2014

Laksana ujian kesan bohong

Kuala Lumpur: Pengambilan Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) perlu diperketatkan dengan melaksana tapisan ujian kesan bohong (poligraf) dan pemeriksaan latar belakang untuk mengesan rekod jenayah lampau.

Malah, pemeriksaan terhadap RELA dicadang mencakupi rekod tindakan disiplin oleh bekas majikan supaya menjamin imej dan integriti pasukan keselamatan.
 
Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar, mendakwa 80 peratus syarikat yang mengalami kerugian ekoran penyelewengan oleh kakitangan dan pasukan keselamatan tidak melaporkan kes berkenaan kepada polis.

Katanya, hal itu kerana pihak pengurusan syarikat terbabit tidak mahu kes berkenaan menjejaskan reputasi perniagaannya dalam kalangan pesaing selain khuatir kehilangan kepercayaan rakan kongsi.

“Jangan sekadar tapis anggota RELA mengikut rekod di balai polis, sebaliknya pemeriksaan perlu menyeluruh supaya anggota yang kena buang daripada mana-mana syarikat kerana tindakan disiplin juga dapat dibongkar.

“Biar jumlah anggota RELA yang direkrut sedikit tapi bermutu tinggi supaya masyarakat tidak memandang sinis terhadap pasukan keselamatan kerana dipalit dengan rekod jenayah,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau mengulas mengenai laporan BH bahawa kerajaan akan melakukan program pembersihan anggota RELA berikutan ada dalam kalangan 2.9 juta pegawai dan anggotanya dipercayai mempunyai rekod jenayah.

Sistem pengambilan juga akan dikaji kerana pemilihan pegawai dan anggota secara besar-besaran sejak 2008 tidak melalui tapisan terperinci sehingga ada yang mempunyai rekod jenayah turut terpilih.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan berkata, ketika pengambilan, mereka melepasi beberapa syarat menjadi anggota, tetapi yang ada rekod jenayah gagal dikesan.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat