TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, January 7, 2014

Koperal ditemui mati selepas hilang 15 jam

Koperal ditemui mati selepas hilang 15 jam  
Asmah Laily Yusoff, 40, tidak dapat menahan kesedihan selepas menerima berita kematian suaminya, Abdul Halim (gambar kecil). - Foto BERNAMA
 
Kuantan: Selepas gagal dikesan kira-kira 15 jam ketika melakukan operasi cegah jenayah, mayat anggota polis yang juga bekas komando ditemui dengan kesan tembakan di muka dan badan di Ladang Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP), Padang Jaya, Jaya Gading di sini, semalam.

Mayat Koperal Abd Halim Md Ali, 48, ditemui pekerja ladang kira-kira jam 9 pagi, dipercayai terkena tembakan peluru penabur.

Sebelum itu, mangsa menyertai operasi cegah jenayah bersama Ketua Polis Balai Jaya Gading dan dua anggota lain di kawasan ladang dengan menunggang motosikal, kira-kira jam 4 petang.

Terpisah ketika operasi

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifudin Ab Ghani, berkata pasukan itu terserempak dengan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki yang masing-masing bersenjata dalam keadaan mencurigakan.

Berikutan itu, mereka mengejar suspek dan seorang daripadanya membuang senapang buatan sendiri sebelum cuba meloloskan diri.

Abd Halim terus mengejar suspek yang masih bersenjata, menyebabkannya terpisah daripada anggota lain. Usaha untuk menjejaknya menemui jalan buntu apabila panggilan telefon dan set walkie talkie tidak berjawab.

“Mereka kemudian membuat laporan kehilangan Allahyarham sebelum melancarkan gerakan mencarinya dengan kerjasama Unit Anjing Pengesan K-9 dan orang kampung, namun gagal, hinggalah mayatnya ditemui pagi tadi (semalam),” katanya ketika ditemui di laluan masuk ladang sawit, di sini, semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Sharifudin berkata, berdasarkan siasatan awal dan pemeriksaan forensik, kesan kecederaan pada muka dan badan Allahyarham akibat tembakan menggunakan peluru jenis penabur.

Gerakan buru suspek dilancar

Katanya, suspek dipercayai menggunakan senjata buatan sendiri dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Gerakan memburu suspek dilancarkan dan kita yakin dapat menahan mereka dalam masa terdekat,” katanya.

Abd Halim menyertai pasukan beruniform sejak 30 tahun dan pernah berkhidmat dalam skuad elit Komando VAT69, sebelum ditugaskan di balai polis berkenaan.

Sharifudin turut mengucapkan takziah kepada keluarga Abdul Halim dan berharap mereka bersabar dengan kejadian itu.

“Kita kehilangan seorang anggota yang bertanggungjawab dan amanah serta mempunyai disiplin diri tinggi. Saya mewakili seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen negeri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah,” katanya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Mendi, Bera, malam semalam.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat