TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, December 4, 2013

PBB mesti bersikap lebih adil


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu bersikap lebih adil supaya resolusi-resolusi yang ditetapkan organisasi itu mewakili suara majoriti masyarakat dunia.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kesemua negara anggota PBB perlu berusaha mewujudkan orde dunia yang bersifat lebih adil.

Menurut beliau, gerakan kesederhanaan berdepan kesukaran berikutan wujud ketidakadilan global yang menyaksikan negara kuat menindas negara lemah.


"Kita berharap perjanjian perdagangan bebas bukan sahaja bersifat adil kepada kuasa besar ekonomi dunia tetap kepada negara-negara kecil yang sedang membangun.

"Selain itu, kita mahu melihat isu-isu kemanusiaan seperti yang berlaku di Palestin ditangani secara lebih adil," katanya ketika menjadi ahli panel dalam Forum Antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Selain Khairy, ahli-ahli panel lain ialah Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal; Pengerusi Parti Golkar, Indonesia, Aburizal Bakrie dan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hubungan Luar Parti Komunis Vietnam, Vuong Thua Phong.

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin pula bertindak sebagai moderator.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, masyarakat madani seharusnya dilibatkan dalam gerakan kesederhanaan bagi mengelak mereka didominasi gerakan ekstremis.

"Gerakan kesederhanaan di Malaysia berjaya kerana kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mendengar suara rakyat selain melakukan liberalisasi dalam sistem politik dan perundangan," katanya.

Sementara itu, Aburizal berkata, Parti Golkar berminat mengaplikasi model yang digunakan Barisan Nasional (BN) bagi mewujudkan gabungan parti-parti politik di Indonesia.

"Walaupun agak sukar dilakukan, kita akan mencubanya kerana dalam sebuah negara yang besar dan majmuk seperti Indonesia, adalah lebih baik sekiranya kita bersatu," katanya.

Beliau memberitahu, cadangan itu akan diketengahkan sekiranya Parti Golkar memenangi pilihan raya Indonesia pada April tahun depan.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat