"Kita mesti ingat harapan orang Melayu dan Bumiputera yang amat tinggi kepada UMNO.
Orang Melayu dan Bumiputera telah memberikan sokongan padu kepada UMNO dan
mereka amat berharap kita dapat membela nasib mereka. "Bila kita diberi mandat, kita
melakukan yang terbaik untuk membela nasib orang Melayu dan Bumiputera, serta
menjamin kaum-kaum lain juga mendapat pembelaan yang adil,"
Itulah antara petikan kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya ketika
merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan
Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.
Muhyiddin dalam ucapannya mengingatkan sayap parti mengenai komitmen, kerjasama
dan perpaduan yang harus diperkukuhkan untuk memastikan kemenangan UMNO dan
Barisan Nasional dalam PRU-14 yang disifatkan lebih mencabar.
Jangan diulangi kesalahan, kesilapan dan kelemahan lampau. Bina kekuatan baharu.
Selesaikan sebarang masalah dengan segera supaya Wanita, Pemuda dan Puteri
benar-benar wujud sebagai pergerakan yang dihormati dan berusaha menangani kempen
membenci UMNO dengan segera, katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.