Nasihat AS kepada pesawat komersial masuki ADIZ
Washington: Pesawat komersial Amerika Syarikat patut mengikut tuntutan China supaya dimaklumkan mengenai kemasukannya dalam zon pertahanan udara yang baru dilaksanakan.
Jabatan Pertahanan Amerika atau Pentagon menyiarkan nasihat itu berhubung Zon Pengenalan Pertahanan Udara (ADIZ) China.
“Ada pesawat komersial kami memasuki ruang udara antarabangsa di Pasifik termasuk di kawasan ADIZ.
“Tetapi, ini tidak bermakna Kerajaan Amerika menerima peraturan China mengenai operasi di ADIZ,” menurut kenyataan Jabatan Negara Amerika.
Pada masa sama, tentera AS tidak akan mengubah operasi walaupun China mengerah jet pejuang bagi memantau pesawat Amerika dan Jepun di zon pertahanan udaranya yang baru diisytiharkan.

Ketegangan meningkat
China menerbangkan pesawat perangnya ke ADIZ kelmarin, hampir seminggu selepas pelaksanaan zon terbabit.
ADIZ turut meliputi kepulauan Senkaku atau Diaoyu yang menjadi rebutan Beijing dan Tokyo, perkara yang meningkatkan ketegangan serantau.
“Kami melakukan penerbangan secara rutin di ruang udara antarabangsa di seluruh Pasifik, termasuk kawasan yang diakui China sebagai ADIZ,” kata jurucakap Pentagon, Kolonel Steve Warren, kelmarin.
“Penerbangan ini konsisten dengan dasar kebebasan berlayar sejak sekian lama yang digunakan Amerika dalam kebanyakan operasi di seluruh dunia.
“Saya boleh sahkan Amerika sedang dan akan terus beroperasi di kawasan itu seperti biasa.”
Jurucakap tentera udara China, Shen Jinke sebelum itu berkata beberapa pesawat tempur dikerah untuk mengesahkan identiti pesawat Amerika dan Jepun yang memasuki zon pertahanan udara, menurut Xinhua.
Pesawat China, termasuk sekurang-kurangnya dua jet pejuang, mengenal pasti dua pesawat pengawasan Amerika dan 10 pesawat Jepun termasuk sebuah pesawat tempur F-15, kata Shen. - AFP
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.