TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, December 1, 2013

Johor Bahru: Malaysia Intip dan risikkan ?

Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri (GABUNG) dan Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) meminta kerajaan lebih berhati-hati dan memandang serius isu keselamatan negara.
Pada masa sama, kerajaan juga diharap dapat mengkaji semula kerjasama dilakukan dengan Singapura berikutan terdedahnya berita mengenai risikan dan intipan dilakukan republik terbabit.

Presiden PPPMM, A Rahman Mahadi, berkata pada masa ini semua boleh dianalisis dalam talian, selain zaman risikan dan pengintipan kini berlaku tanpa had dan sempadan.

“GABUNG dan PPPMM menyarankan kerajaan memperkasakan beberapa agensi keselamatan untuk berhadapan risikan dan intipan yang dilakukan tanpa sempadan.
“Majlis Keselamatan Negara (MKN) misalnya perlu keluar daripada imej agensi malapetaka dan bencana semata-mata, sebaliknya perlu diberi kejituan untuk turut melihat isu besar yang lebih serius dan strategik,” katanya selepas membuat laporan polis berhubung isu intipan itu di Balai Polis Sentral, di sini, semalam.

Singapura didakwa bantu AS

Sebuah portal berita baru-baru ini melaporkan dokumen rahsia dibocorkan pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, mendedahkan Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam kegiatan mengintip di Malaysia.
Akhbar Sydney Morning Herald di Australia juga pernah melaporkan sebuah peta National Security Agency (NSA) yang disiarkan dalam akhbar Belanda, NRC Handelsblad, minggu lalu mengesahkan Singapura membantu Amerika Syarikat dan sekutu risikan lain untuk intipan menerusi kabel dasar laut.

A Rahman yang juga Naib Presiden GABUNG, berharap kerajaan negeri tidak terlalu mementingkan perniagaan dan pelaburan dengan sewenang-wenangnya mengabaikan soal keselamatan dan kedaulatan negara.
“Kami berharap kerajaan negeri dapat mengkaji semula kerjasama dengan Singapura dan pelabur yang bertapak di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia perlu dihenti serta dibatalkan.
“Kami berpendapat ia memungkinkan hajat mereka bertapak dan memperluaskan intipan semakin mudah sehingga boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya. 
 
MTMR merasakan isu keselamatan negara bukan senang untuk di ceroboh tetapi unsur kecuaian dan perkara di luar jangka mudah menipu. Tetapi percayalah Malaysia mempunyai pakar-pakar yang tidak di duga. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat