Ketua dan pengikut Tuhan Harun didakwa berkaitan kes pembunuhan pegawai JAIP  
KETUA kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat (tengah) dan beberapa pengikutnya dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan, hari ini atas tuduhan membunuh Penolong Penguatkuasa Jabatatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek. - Foto Luqman Hakim Zubir
Kuantan: Seorang pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun', Sumustapha Suradi, 39, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi atas tuduhan dengan niat bersama dua lagi yang masih bebas melakukan pembunuhan Ketua Penolong Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek pada 10 November lalu.


Ketua ajaran sesat itu, Harun Mat Saat, 47, bersama isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 30, dan Shaizral A Eddie Nizam Shaari, 37, didakwa mengikut Seksyen 120B(1) yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana dituduh melakukan konspirasi jenayah.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Salim Soib@Hamid, manakala semua tertuduh diwakili peguambela, Hermes Media Putra Ibrahim.