Pada 15 Ogos 1945, Maharaja Hirohito telah mengumumkan secara rasmi dalam siaran radio bahawa Jepun telah menyerah kalah tanpa syarat kepada Berikat. Sehari sebelumnya iaitu pada 14 Ogos 1945, Tentera Jepun telah menyerah kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan Bom Atom.
15 Ogos 1945 ini dikenali sebagai V-J Day atau Victory over Japan Day. Pada hari tersebut, Presiden Amerika Harry S. Truman telah melantik Jeneral Douglas MacArthur sebagai Supreme Commander for the Allied Powers (SCAP), untuk menyelia dan melaksanakan penjajahan terhadap Jepun. Jepun dan jajahannya telah diagih-agihkan kepada sekutu dalam Berikat contohnya Soviet memperolehi sebahagian Korea Utara, Sakhalin dan kepulauan Kuril. Republic China (bukan China Komunis hari ini) menguasai Taiwan dan Penghu, United Kingdom pula menguasai Andaman, Nicobar, Hong Kong dan kepulauan Solomon... Amerika sendiri menguasai kepulauan utama Jepun seperti Honshu, Hokkaido, Shikoku, Kyushu, Korea Selatan, Okinawa, Kepulauan Amami, Kepulauan Ogasawara dan wilayah di Micronesia.
15 Ogos 1945 ini dikenali sebagai V-J Day atau Victory over Japan Day. Pada hari tersebut, Presiden Amerika Harry S. Truman telah melantik Jeneral Douglas MacArthur sebagai Supreme Commander for the Allied Powers (SCAP), untuk menyelia dan melaksanakan penjajahan terhadap Jepun. Jepun dan jajahannya telah diagih-agihkan kepada sekutu dalam Berikat contohnya Soviet memperolehi sebahagian Korea Utara, Sakhalin dan kepulauan Kuril. Republic China (bukan China Komunis hari ini) menguasai Taiwan dan Penghu, United Kingdom pula menguasai Andaman, Nicobar, Hong Kong dan kepulauan Solomon... Amerika sendiri menguasai kepulauan utama Jepun seperti Honshu, Hokkaido, Shikoku, Kyushu, Korea Selatan, Okinawa, Kepulauan Amami, Kepulauan Ogasawara dan wilayah di Micronesia.
Bermulalah penjajahan secara rasmi terhadap Jepun yang sebelum ini tidak pernah dijajah oleh sebarang kuasa asing. Penjajahan ini cuma tamat selepas Perjanjian Damai San Francisco dikuatkuasakan pada 28 April 1952 selepas ianya ditandatangani pada 8 September 1951.
Antara "hasil" penjajahan ini adalah liberalisasi ekonomi, pendemokrasian politik, reformasi pendidikan, akta-akta perdagangan, akta buruh, dan lain-lain. Far Eastern Commission telah mengarahkan supaya sebahagian besar dari perindustrian Jepun dimansuhkan. Pemansuhan (disarmament) ini juga dilakukan di Jerman dengan tujuan rakyat Jepun dan Jerman (juga dijajah Amerika) tidak boleh bangkit menentang penjajahan ini.
GARIOA atau Government and Relief in Occupied Areas diperkenalkan bertujuan - "a. The objectives of the relief policy of the United States are to prevent such starvation and widespread disease and civil unrest as would (1) clearly endanger the occupying forces, and
(2) permanently obstruct the ultimate objectives of the occupation.".
Walau bagaimanapun, pada April 1948, Laporan Jawatankuasa Johnston menyarankan supaya ekonomi Jepun dibangunkan semula. Laporan itu juga mencadangkan supaya bajet pemulihan perang dikurangkan dan dasar "economic deconcentration" digantung bagi mengurangkan penggunaan cukai rakyat Amerika untuk memberi makan dan membiayai rakyat Jepun. Pada tahun 1949 dana GARIOA ditukar kepada EROA atau Economic Rehabilitation in Occupied Areas bagi digunakan untuk membiayai import material yang diperlukan untuk pembangunan semula ekonomi Jepun. Pembangunan Semula Ekonomi Jerman juga dilaksanakan dengan kaedah yang hampir serupa.
Selepas penjajahan Berikat terhadap Jepun pada tahun 1952, Amerika telah membantu Jepun dalam perindustrian dalam bentuk pelaburan, pemindahan teknologi, bantuan teknikal dan paling penting adalah Amerika membuka pasarannya dan eropah kepada Jepun terutamanya untuk produk peralatan elektrik dan elektronik.
Perang Korea, yang bermula pada 25 Jun 1950 dan berakhir pada 27 Julai 1953, telah memisahkan bangsa Korea kepada Korea Utara dan Korea Selatan. Amerika sekali lagi membantu ekonomi Korea Selatan bagi mewujudkan satu perbezaan ketara antara Blok Komunis di Utara dan Blok Kapitalis di Selatan. Andai kiranya bangsa Korea ini teramatlah hebat, rajin dll sehingga perlu kita melaksanakan Dasar Pandang Ke Timur untuk kali kedua, tentulah tidak kita dengar bahawa Korea Utara itu terlalu miskin sampai kebuluran.
Begitu juga dengan Perang Vietnam yang bermula pada Disember 1956 sehingga 30 April 1975. Seandainya Vietnam Selatan berjaya dipertahankan dari serangan Komunis Vietnam Utara, nescaya hari ini Vietnam Selatan juga adalah satu kuasa industri yang setara dengan Jepun, Korea Selatan dan Jerman.
Kereta-kereta Korea dan Jepun dibantu oleh Amerika menerusi pelaburan modal, R&D, membuka pasaran Amerika dan Eropah, pemindahan teknologi dan lain-lain. Begitu juga dengan produk-produk dari Taiwan (yang menguasai 80% pasaran perkakasan komponen Komputer dunia), adalah satu produk PERANG DINGIN bagi membezakan syurga dunia kapitalis dengan neraka dunia komunisme.
Apakah Dasar Pandang Ke Timur kali kedua sesuatu yang wajar?
Bagi aku, TIDAK!
Malaysia sebenarnya sudah melepasi tahap negara maju andaikiranya transformasi ekonomi ini bermula lebih awal. Negara menghasilkan pendapatan yang amat tinggi bagi sektor-sektor perindustrian yang akhirnya akan meningkatkan Pendapatan Per Kapita Rakyat secara keseluruhan, rata dan adil. Rasionalisasi subsidi, GST dan lain-lain transformasi ini seharusnya dilakukan 10 tahun yang lalu. Bukan dalam tempoh masa yang singkat seperti sekarang semata-mata sebagai tindakan terdesak untuk meningkatkan rating bagi mencapai status negara maju menjelang 2020.
Penstrukturan semula ekonomi dengan menumpukan kepada kepakaran tempatan dalam penghasilan produk utama industri negara sepatutnya sudah lama berlaku bagi mengurangkan kebergantungan kepada Pelaburan Asing semata-mata.
Adakah Bangsa Melayu ini Amat-amat Pemalas sehingga perlu satu dasar pandang ke timur kedua?
Tidak! Bangsa Melayu ini tidaklah pemalas malahan kerajinan mereka setara bangsa-bangsa asing seperti Korea dan Jepun. Bangsa Melayu yang dominan di Malaysia adalah bangsa pejuang yang tidak pernah berhenti menitiskan peluh, darah dan airmata sejak negara ini belum menjadi sebuah negara.
Nenek moyang kita yang memvariasikan bangsa melayu sanggup berdayung sampan dari pelbagai ceruk Nusantara untuk membina negara ini dengan keringat, air mata dan darah. Nenek moyang kita menebang ratusan ekar hutan sendirian bagi membina masa depan anak cucu mereka.
Anak-anak melayu yang dimomokkan sebagai bodoh dan pemalas hanya kerana perbandingan kasar dan tidak adil, diperbandingkan dengan keputusan cemerlang anak-anak cina di sekolah menengah harian. Keluarkan dan mansuhkan Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM hari ini, nescaya ribuan anak melayu yang cemerlang akan memenuhi sekolah menengah harian ini... Tiada peluang untuk anak-anak cina memperolehi Nombor 1!!!
Percayalah, dan yakinilah bangsa kita sendiri! Andai kiranya ribuan tahun dahulu kita sudah sampai ke Benua Cina ketika bangsa Cina tidak berani belayar keluar dari pesisir pantai mereka, sedangkan bangsa kita sudah mencipta layar, kemudi, dan kapal membelah ombak... Bukan hanya ke China tetapi ke Kalinga yang musnah pada tahun 252 Sebelum Masehi semasa Perang Ashoka. Kerana itulah bangsa kita mengenal orang-orang India sebagai Keling dari Benua Keling.
Bantulah bangsa kita ini dengan sedikit keyakinan dan bakarlah semangat mereka dengan sedikit kepercayaan dari Kerajaan Melayu ini... Kerana melayu ini tidak akan khianat kepercayaan yang diberikan sesungguhnya kepada mereka, bahawa melayu hari ini juga mampu membina empayar, bahawa melayu hari ini juga mampu menambahkan yang secupak menjadi segantang, sekepok dan segudang....!!!
Tanyakan orang Jepun dan Korea, mampukah mereka membina Jambatan Emas dari Melaka ke Gunung Ledang, Mampukah mereka memenuhkan 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati hama??? Yang mampu cuma mereka yang punya iltizam dan semangat kental, yang belayar membelah 7 lautan.. Hanya Melayu.... Bangkitkan semula semangat melayu itu!
Rancang dan Laksanakan Dasar Pemulihan Melayu... Memulihkan bukan hanya ekonomi tetapi jati diri dan semangat melayu... Al-Idrisi dalam Kitab Rujar dan disebut juga dalam Prasasti Nalanda, menyatakan bahawa bangsa Melayu telah mengeksport besi berkualiti tinggi ke India sekitar abad Ke 6 Masehi...
Bukannya habiskan billion Ringgit semata-mata nak menjadikan melayu peniaga tepi jalan atau buat kerepek jual kat Hypermarket... Puluhan tahun merepek dengan puluhan billion dihabiskan untuk menjadikan melayu peniaga tepi jalan, peruncit kecil-kecilan... Bangsa kita sudah menjadi peniaga besar sejak purbakala, Melayu sudah mengilang dan mengeksport Arak Nipah berkualiti tinggi ke Jepun dan China seawal kerajaan Melaka ditubuhkan.
Aku Melayu dan aku bangga menjadi melayu!
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.