Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Wednesday, November 13, 2013

TPPA: Negara CHINA setuju turut serta ?

Kerajaan terus memberi jaminan bahawa kedaulatan dan kepentingan negara tetap akan dipertahankan sebelum Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dimuktamadkan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal itu kerana segala yang berkaitan dengan kepentingan negara adalah lebih utama daripada segala-galanya.


Beliau berkata, atas faktor itu juga pihak kerajaan telah mengadakan tiga bentuk perlindungan bagi memastikan TPPA tidak akan menjejaskan negara iaitu penubuhan Kaukus Parlimen tentang TPPA, dipengerusikan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah; mengadakan analisis kos faedah dan perbahasan TPPA di Parlimen.

''Kaukus Parlimen tentang TPPA berperanan menyalurkan pelbagai input dan maklumat kepada kita berhubung dengan perjanjian ini. Oleh itu, kita sedia mempertimbangkan segala input yang diberikan," katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2014 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Berhubung analisis kos faedah pula, Mustapa berkata, pihak Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) telah diberi tanggungjawab untuk mengkaji kesannya terhadap kepentingan negara.

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) pula katanya, diberikan tanggungjawab mengkaji kesan perjanjian itu terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera.

''Kajian ISIS ini dijangka siap akhir bulan ini sementara kajian Teraju akan bermula tidak lama lagi," ujarnya.

Mengenai perbahasan TPPA di Parlimen, Mustapa berkata, itu merupakan salah satu bentuk perlindungan sebelum penyertaan Malaysia di dalam TPPA diputuskan dan sejajar dengan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti mana yang dinyatakannya di Indonesia pada 7 Oktober lalu.
MTMR mencadangkan agar Kerajaan Malaysia menerima TPPA selepas Negara CHINA masuk dalam TPPA. Kerana kita tidak mahu ada halangan atau kekangan dalam longgokkan perdagangan. Bahasa mudahnya monopoli sesuatu perdagangan.

MTMR juga mencadangkan supaya Malaysia bebas dari ikatan dan perjanjian perdagangan yang memudaratkan keselamatan dan kedaulatan Negara.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat