Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Wednesday, November 13, 2013

Mas Selamat Kastari pun Polis Malaysia dapat tangkap apalah sangat dgn si Ardi, ayam katik tu ..

Beliau adalah pengganas dikehendaki Interpol kerana banyak terlibat dalam jenayah antarabangsa. Kelahiran Indonesia tetapi mengetuai militan Jemaah Islamiah di Singapura. Berjaya ditahan di Singapura namun kemudian melarikan diri ke malaysia.

Tahukah anda: Pada Febuari 2008, Mas Selamat telah memalukan sistem penjara di Singapura kerana berjaya meloloskan diri dengan mudah dari Pusat Tahanan Jalan Whitley, sebuah pusat tahanan yang paling ketat di Asia Tenggara dimana ketika itu dia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri Singapura.

Melalui tingkap tandas yg tidak berjerigi , dia meloloskan diri ketika dibawa bertemu dengan ahli keluarganya yang melawatnya ketika itu. Apa yg lebih hebat beliau berjaya lari dari tembok penjara konkrit berlapis 7 meter dan pagar berduri. Anggota Gurkha yang berkawal lengkap bersenjata, pagar tinggi yang berduri dan unit kamera litar tertutup (CCTV) tidak memberi sebarang makna.

Interpol mengeluarkan amaran keselamatan tahap jingga (Orange Notice) di seluruh 186 cawangannya di seluruh dunia atas permintaan Singapura. Ditukar kepada tahap merah beberapa hari kemudian. Gambar Mas Selamat disebarkan kepada 5.5 juta penduduk Singapura melalui tampalan poster di merata tempat dan khidmat pesanan multimedia (MMS).Seseorang di Singapura menawarkan RM2.39 juta kepada pemberi maklumat.

Tahukah anda juga: Singapura dan Indonesia meminta tolong Malaysia utk menumpaskan Mas Selamat. Beberapa bulan kemudian, beliau didapati bersembunyi di sebuah rumah kampung di Kampung Tawakal, Skudai, 40km dari bandaraya Johor Bahru.

Dengan intipan dan perancangan serbuan taktikal yang begitu rapi, pada 1 April 2009 jam 06:00 pagi, sepasukan unit anti-pengganas Unit Tindakan Khas diaturgerak untuk membantu anggota Cawangan Khas PDRM memberkas semula pemimpin militan di rumah kampung tersebut. Anggota UTK bertindak mengepung setiap penjuru rumah tersebut ketika Mas Selamat sedang tidur.

Menurut saksi kejadian, Mohd Saat Marjo, 57, yang merupakan jiran bersebelahan rumah tersebut menceritakan anggota bertopeng yang lengkap bersenjata automatik bersama dengan anggota Cawangan Khas yang berpakaian preman bertindak menyerbu rumah tersebut melalui dua buah pintu yang dipecahkan sebaik sahaja beliau enggan keluar menyerah diri walaupun diseru oleh pihak polis. Serbuan dan kepungan anggota UTK dan Cawangan Khas yang begitu teratur sekali menyebabkan Mas Selamat gagal untuk melepaskan diri sehingga beliau berjaya ditangkap.

Beliau digari dan muka beliau diserkup dengan kain warna biru gelap sebelum dibawa keluar. Anggota biasa JI, Abdul Matin Anol Rahmat dan Johar Hassan turut ditangkap. Polis Malaysia turut merampas beberapa dokumen dan maklumat perancangan sulit JI serta menghantar Unit Pemusnah Bom untuk memastikan rumah tersebut bebas dari sebarang bahan letupan.

Walaubagaimanapun, penglibatan UTK dalam operasi tersebut tidak didedahkan kepada umum atas tahap kerahsiaan yang tinggi, tetapi penangkapan itu lebih terarah kepada unit Cawangan Khas.

Nota Admin : Saya bangga dengan PDRM Vat 69/UTK dan 'saya takkan potong ibu jari saya' jika PDRM lambat tangkap penjenayah kerana saya amat yakin mereka mampu melakukannya.
Photo: Mas Selamat Kastari pun Polis Malaysia dapat tangkap .... apalah sangat dgn si Ardi, ayam katik tu .....

Beliau adalah pengganas dikehendaki Interpol kerana banyak terlibat dalam jenayah antarabangsa. Kelahiran Indonesia tetapi mengetuai militan Jemaah Islamiah di Singapura. Berjaya ditahan di Singapura namun kemudian melarikan diri ke malaysia.

Tahukah anda: Pada Febuari 2008, Mas Selamat telah memalukan sistem penjara di Singapura kerana berjaya meloloskan diri dengan mudah dari Pusat Tahanan Jalan Whitley, sebuah pusat tahanan yang paling ketat di Asia Tenggara ... dimana ketika itu dia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri Singapura.

Melalui tingkap tandas yg tidak berjerigi , dia meloloskan diri ketika dibawa bertemu dengan ahli keluarganya yang melawatnya ketika itu. Apa yg lebih hebat beliau berjaya lari dari tembok penjara konkrit berlapis 7 meter dan pagar berduri. Anggota Gurkha yang berkawal lengkap bersenjata, pagar tinggi yang berduri dan unit kamera litar tertutup (CCTV) tidak memberi sebarang makna.

Interpol mengeluarkan amaran keselamatan tahap jingga (Orange Notice) di seluruh 186 cawangannya di seluruh dunia atas permintaan Singapura. Ditukar kepada tahap merah beberapa hari kemudian. Gambar Mas Selamat disebarkan kepada 5.5 juta penduduk Singapura melalui tampalan poster di merata tempat dan khidmat pesanan multimedia (MMS).Seseorang di Singapura menawarkan RM2.39 juta kepada pemberi maklumat. 

Tahukah anda juga: Singapura dan Indonesia meminta tolong Malaysia utk menumpaskan Mas Selamat. Beberapa bulan kemudian, beliau didapati bersembunyi di sebuah rumah kampung di Kampung Tawakal, Skudai, 40km dari bandaraya Johor Bahru.

Dengan intipan dan perancangan serbuan taktikal yang begitu rapi, pada 1 April 2009 jam 06:00 pagi, sepasukan unit anti-pengganas Unit Tindakan Khas diaturgerak untuk membantu anggota Cawangan Khas PDRM memberkas semula pemimpin militan di rumah kampung tersebut. Anggota UTK bertindak mengepung setiap penjuru rumah tersebut ketika Mas Selamat sedang tidur.

Menurut saksi kejadian, Mohd Saat Marjo, 57, yang merupakan jiran bersebelahan rumah tersebut menceritakan anggota bertopeng yang lengkap bersenjata automatik bersama dengan anggota Cawangan Khas yang berpakaian preman bertindak menyerbu rumah tersebut melalui dua buah pintu yang dipecahkan sebaik sahaja beliau enggan keluar menyerah diri walaupun diseru oleh pihak polis. Serbuan dan kepungan anggota UTK dan Cawangan Khas yang begitu teratur sekali menyebabkan Mas Selamat gagal untuk melepaskan diri sehingga beliau berjaya ditangkap.

 Beliau digari dan muka beliau diserkup dengan kain warna biru gelap sebelum dibawa keluar. Anggota biasa JI, Abdul Matin Anol Rahmat dan Johar Hassan turut ditangkap. Polis Malaysia turut merampas beberapa dokumen dan maklumat perancangan sulit JI serta menghantar Unit Pemusnah Bom untuk memastikan rumah tersebut bebas dari sebarang bahan letupan. 

Walaubagaimanapun, penglibatan UTK dalam operasi tersebut tidak didedahkan kepada umum atas tahap kerahsiaan yang tinggi, tetapi penangkapan itu lebih terarah kepada unit Cawangan Khas.

Nota Admin : Saya bangga dengan PDRM Vat 69/UTK dan 'saya takkan potong ibu jari saya' jika PDRM lambat tangkap penjenayah ...... kerana saya amat yakin mereka mampu melakukannya ....


Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat