Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, November 26, 2013

KWSP raih RM10.11b

KWSP raih pendapatan RM10.11b
Meningkat 44 peratus suku ketiga didorong pasaran ekuiti

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meraih pendapatan pelaburan RM10.11 bilion dalam suku ketiga berakhir 30 September lalu, meningkat 44 peratus daripada RM7.02 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Berikutan pencapaian itu, pendapatan pelaburan terkumpul yang diraih pengurus dana pencen itu bagi tempoh sembilan bulan tahun ini ialah RM24.87 bilion, iaitu 10.9 peratus lebih tinggi daripada RM22.42 bilion pada tempoh sama tahun lalu.
 
Pada suku pertama lalu, KWSP mengumumkan pendapatan pelaburan RM5.6 bilion. Pendapatan pelaburannya pada suku kedua pula ialah RM9.16 bilion.

Ketua Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata pencapaian kukuh yang dicatatkan pada suku ketiga itu didorong terutama oleh pengukuhan pasaran ekuiti tempatan dan luar negara serta peningkatan ketara jumlah dagangan.

Beliau berkata, KWSP juga menerima manfaat daripada bayaran dividen lebih tinggi daripada syarikat senaraian awam yang dilaburnya berikutan pencapaian mereka yang kukuh.

Dalam tempoh suku dikaji, pelaburan dalam ekuiti terus menyumbang pendapatan lebih tinggi kepada KWSP, iaitu sebanyak RM5.71 bilion, naik RM3.37 bilion berbanding RM2.34 bilion dalam tempoh sama pada 2012.

Pendapatan pelaburan dalam hartanah dan infrastruktur pula naik kepada RM429.16 juta berbanding RM54.62 juta pada suku ketiga 2012, meneruskan pertumbuhan kukuh yang dijana segmen itu sejak suku pertama tahun ini.

Shahril Ridza berkata, pendapatan lebih tinggi daripada pelaburan dalam ekuiti itu membantu mengimbangi penurunan pendapatan daripada pelaburan dalam pinjaman dan bon yang berjumlah RM2.28 bilion, lebih rendah berbanding RM3.06 bilion pada suku ketiga 2012.

Penurunan itu, katanya sejajar dengan kemerosotan dalam hasil bagi bon dan pinjaman matang yang dilaburkan semula dan pendapatan tinggi yang diperoleh pada suku ketiga 2012 berikutan urus niaga sekali saja yang tidak berulang pada suku ketiga 2013.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat