Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Thursday, November 28, 2013

KLUANG: Unit intipan, risikan khas sentiasa digerak tangani intipan pihak luar

Kementerian Dalam Negeri sentiasa menggerakkan unit intipan dan risikan khas bagi menangani sebarang kegiatan intipan oleh pihak luar ke atas negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, unit itu adalah antara langkah yang dilakukan kementerian sebagai benteng menangkis sebarang ancaman.
 
"Kita mempunyai kawalan dan 'firewall' dalam menangani intipan tetapi intipan dapat dilakukan menerusi satelit.

"Sehubungan itu, kita akan sedaya usaha menangkis ancaman berkenaan dan saya amat menekankan kepada negara kuasa besar supaya sentiasa menghormati kedaulatan negara lain serta menghormati kerahsiaan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas perasmian Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Beliau berkata sebarang kegiatan intipan ke atas sesebuah negara memang tidak dapat diterima mana-mana kerajaan, dan perkara itu tidak boleh dikompromi.

Sebuah portal berita melaporkan berkaitan dokumen rahsia yang dibocorkan pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan, yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip, di Malaysia.

Rentetan laporan itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat secara menyeluruh laporan terkini media berkenaan berhubung dakwaan pembabitan Singapura dalam kegiatan mengintip Malaysia dengan memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura untuk memberi penjelasan.

Sementara itu, mengulas insiden rakyat Malaysia yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London, Siti Aishah Abdul Wahab, Ahmad Zahid berkata wanita berkenaan bukan lagi merupakan ancaman kepada negara jika beliau pulang ke tanah air.

Beliau berkata meskipun sudah uzur, kementerian berharap wanita itu tidak meneruskan aktiviti berhaluan kiri seperti siri jelajah untuk memberi perspektif pemikirannya.

"Saya harap dia tidak meneruskan aktiviti pada tahun 70-an yang tidak lagi relevan ketika ini, dan eloklah dia kembali kepada agama serta bertaubat," katanya. - BERNAMA

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat