Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Thursday, November 28, 2013

Tembak Pejabat lapan das

Pejabat firma pemaju ditembak lapan das  
PINTU cermin pejabat urusan sebuah syarikat pemaju di Mantin, Negeri Sembilan, pecah akibat ditembak lapan das, semalam, dipercayai mempunyai kaitan dengan isu pengambilan tanah di Kampung Hakka. - Foto Dzulkeffli Mustapha
 
Nilai: Sabotaj dan tidak berpuas hati dengan tindakan pemaju merobohkan rumah di Kampung Hakka, Mantin di sini, dipercayai menjadi punca pejabat syarikat terbabit menjadi sasaran tembakan, tengah malam kelmarin.
Jurucakap syarikat itu berkata, sebahagian pintu serta dinding kaca pejabat di bangunan rumah kedai di Taman Bunga Raya, berhampiran kampung terbabit, retak dan pecah apabila terkena lapan das tembakan oleh individu tidak dikenali, kira-kira jam 12 tengah malam.
 
Nampak kesan tembakan

Katanya, kakitangan syarikat terbabit hanya menyedari perkara itu kira-kira jam 9 pagi semalam, apabila membuka pintu roller shutter dan melihat kesan tembakan.

Berikutan itu, mereka menghubungi polis dan pemeriksaan menemui lapan kelongsong peluru di tempat kejadian. Beberapa orang yang tinggal berhampiran memberitahu mendengar letupan antara jam 12 hingga 12.30 tengah malam, namun menyangka mercun.

Ada pihak tak puas hati

Kami percaya kejadian ini mempunyai kaitan dengan isu pengambilan tanah Kampung Hakka apabila ada pihak tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang memihak kepada syarikat ini, katanya ketika ditemui di sini, semalam.
 
Kampung Hakka seluas 16 hektar dan diduduki kira-kira 40 keluarga dibina di tanah kerajaan yang kemudian dijual kepada sebuah syarikat swasta untuk dimajukan sebagai kawasan perumahan.

Selepas diarahkan keluar pada 2011, kebanyakan penduduk menerima tawaran pampasan pemaju dan berpindah, namun beberapa keluarga membawa perkara itu ke Mahkamah Tinggi Seremban, yang baru-baru ini menolak permohonan penduduk kerana gagal membuktikan mereka tinggal secara sah di kampung itu.

Beberapa pihak termasuk pemimpin pembangkang iaitu Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong, pernah ditahan kerana menimbulkan kekecohan ketika kerja merobohkan rumah di kampung itu, hujung bulan lalu.

Jurucakap syarikat itu berkata, tembakan itu turut berkemungkinan bertujuan mensabotaj majlis penyampaian pampasan kepada sebahagian penduduk yang setuju berpindah dijadualkan jam 10 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata pihaknya menemui lapan kelongsong peluru pistol dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan, masing-masing kerana melepaskan tembakan dan ugutan jenayah.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat