Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mendapatkan mandat Parlimen sebelum menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata cadangan itu akan dimaklumkan kepada Kabinet dan dibincangkan dalam Kaukus Parlimen Mengenai TPPA.
Beliau berkata, langkah itu antara usaha kerajaan membuka ruang bagi beberapa perkara didebatkan dalam Parlimen agar dapat diterima sepenuhnya oleh rakyat.
“Secara prinsipnya, kita bersetuju kerana rakyat perlu mengetahui apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang apabila tiba masanya nanti.
“Bagaimanapun, kita tidak akan berbuat demikian sekarang memandangkan TPPA masih dalam perbincangan, malah ada bab dalam perjanjian ini masih kosong dan tidak wujud,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Kaukus Parlimen Mengenai TPPA kali ke-3 di sini, semalam.
Pertemuan amat berguna
Mustapa juga berkata, pertemuan itu amat berguna kepada beliau dan kerajaan untuk berbincang mengenai TPPA, sekali gus mengelakkan kepentingan negara terjejas dalam perjanjian itu.
“Oleh itu, kerajaan berpendapat tidak ada pihak tertentu seharusnya mengambil tindakan keterlaluan membantah TPPA dan berharap rakyat tidak akan terpengaruh bagi membantah perjanjian ini pada 11 Oktober nanti. Malah, kita sudah menjelaskan kita tidak tertakluk untuk menandatanganinya dalam tempoh ditetapkan,” katanya.
Katanya, pihaknya juga bersetuju memperluaskan bidang kuasa Kaukus Parlimen Mengenai TPPA untuk menilai dan mendapatkan maklum balas mengenai perjanjian perdagangan lain yang masih dirundingkan oleh kerajaan.
Terma sudah ditetapkan
Beliau berkata, Malaysia tidak berganjak dalam perkara misalnya, perolehan kerajaan, syarikat milik kerajaan, perusahaan, hak harta intelek, alam sekitar, buruh, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat milik kerajaan, kawalan modal, perubatan dan sebagainya dalam perbincangan perjanjian TPPA di Washington, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
“Kita akan terus berunding berdasarkan kepada terma yang sudah ditetapkan oleh kerajaan dan ia sangat mencabar dalam tempoh dua hingga tiga bulan seperti diperkatakan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak).
Persolan yang perlu di rungkai :
1. Apa untungnya kepada Malaysia TPPA ?
2. Apakah perkara-perkara yang telah di persetujuai sila bentangkan kepada umum dan Parlimen?
3. Sebagai sebuah negara berdaulat adakah kerajaan Malaysia mahu di bicarakan di arena antarabangsa kerana di saman oleh pengusaha-pengusaha atau pelabur ?
4. Adakah benar perjanjian tersebut hanya boleh di dedahkan selepas beberapa tahun di tandatanggani?
5. Adakah dengan TPPA ini boleh melonggarkan Malaysia kepada pengunaan tenaga Nuklear bagi kegunaan Industri ?
Persoalan ini bermain dalam kotak pemikiran MTMR yang rasanya belum terjawab !!!!
Tanah Melayu Tanah Tumpah Darahku.

No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.