TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, October 2, 2013

Kerajaan Amerika berhenti operasi

Foto Satu hadangan diletak di luar Lincoln Memorial bagi menyekat kemasukan pelancong di kawasan bersejarah itu selepas kerajaan Amerika menghentikan operasi berikutan kebuntuan bajet. - Foto REUTERS

Foto

Perbalahan bajet sekat dana untuk tahun kewangan baru

Washington: Kerajaan persekutuan Amerika Syarikat memberhentikan operasi buat kali pertama dalam masa 17 tahun semalam, selepas Kongres gagal menyelesaikan masalah bajet walaupun berjam-jam berunding sebelum itu.

Kira-kira 10 minit sebelum tengah malam, pejabat bajet Rumah Putih mengeluarkan arahan kepada kebanyakan jabatan kerajaan supaya mula berhenti tugas.
"Satu puak dalam sebuah parti di satu bahagian Kongres tidak boleh hentikan operasi kerajaan kerana mahu melawan keputusan pilihan raya” Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat

Pada masa sama, 800,000 pekerja persekutuan memulakan cuti tanpa gaji kerana kegagalan itu selain menyebabkan pelancong tidak dapat mengunjungi tugu bersejarah seperti Statue of Liberty, taman negara dan muzium.

Peluang mencapai penyelesaian segera masih tidak jelas dan pakar ekonomi memberi amaran bahawa usaha pemulihan ekonomi Amerika mungkin semakin rumit jika ia berterusan beberapa hari lagi.

Hanya pekerja yang benar-benar perlu saja akan bertugas mulai hari ini, menjadikan jabatan lain termasuk Rumah Putih tinggal beberapa kakitangan saja.

Operasi penting seperti penghantaran surat dan kawalan trafik udara masih normal. Anggota Republikan di Kongres berulang kali memberi syarat kepada kerajaan Obama mengenai program kesihatan terbaru.
 
Tetapi, usaha mereka dihalang sekutu Obama di Senat menyebabkan proses dana kerajaan terhenti pada tengah malam Isnin (kelmarin).

Tidak wajar berlaku

“Ini satu langkah yang memberi tamparan kepada Amerika, sesuatu yang tidak wajar berlaku,” kara pemimpin Majoriti di Senat, Harry Reid.

Beberapa jam kemudian, anggota Republikan di dewan itu cuba melantik perwakilan bagi berunding dengan Senat untuk menggerakkan semula kerajaan.

Tetapi, jika mereka masih mahu mengubah apa-apa dalam pakej Obamacare, Senat tidak akan berunding, kata Reid.

Obama awalnya menuduh ahli Republikan menjadikan Amerika sebagai tebusan menerusi syarat politik keterlaluan.

“Satu puak dalam sebuah parti di satu bahagian Kongres tidak boleh hentikan operasi kerajaan begitu saja kerana mahu melawan keputusan pilihan raya,” katanya.

Tetapi, Speaker Dewan Perwakilan dari Parti Republikan, John Boehner membalas dengan berkata: 
 
“Saya tidak datang untuk menghentikan operasi kerajaan. Rakyat Amerika tidak mahukannya berlaku. Begitu juga saya.”

Perunding Ekonomi, Consultants Macroeconomic Advisors, berkata perkembangan itu akan memperlahankan lagi pertumbuhan ekonomi yang merekodkan 2.5 peratus pada suku kedua. - AFP

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat