Gambar hiasan UMNO tidak kutip derma untuk Pilihan Raya.
Kit Siang Ke Sungai Limau Untuk Terangkan Kristian Guna Kalimah Allah. Atas Persetujuan Pas?
Di dalam keghairahan pengundi Sungai Limau untuk menghadapi pilihan raya kecil Sungai Limau, mereka dikejutkan dengan kehadiran penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika malam pengumuman calon Pas semalam. Tambah mengejutkan ahli parlimen Gelang Patah itu, turut dibenarkan untuk berucap di hadapan ahli dan penyokong Pas yang rata-rata terdiri daripada penduduk kampung.
Sudahlah rata-rata di kalangan mereka dipaksa hadir untuk mendengar ceramah dalam keadaan hujan. Tetapi mereka juga turut diminta duduk di atas tanah yang masih bertakung air kerana pihak penganjur tidak menyediakan kerusi berbanding para pemimpin pakatan pembangkang yang selesa di kerusi empuk di atas pentas.
Tambah menarik, Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar turut menjadikan isu tersebut sebagai modal lawak ketika berceramah dengan meminta para hadirin duduk di atas tanah supaya air yang banyak bertakung di kawasan tersebut cepat kering. Namun ‘lawak bodoh’ itu hanya mendapat sambutan hambar penyokong Pas.
Ini kerana, mereka bukan sahaja geram kerana dipaksa hadir dalam keadaan yag tidak selesa, namun paling menyakitkan hati apabila melihat kelibat Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berkongsi pentas dengan Presiden Pas, Hadi Awang dan pimpinan parti yang lain.
Malah ketika Kit Siang berucap, ada di kalangan ahli Pas yang melahirkan rasa kurang senang dan tidak bersetuju dengan pendekatan parti itu menggunakan Kit Siang. Ini kerana umum mengetahui DAP dan Kit Siang adalah merupakan antara mereka yang sangat kuat menentang Islam.
Paling menjengkelkan apabila, di dalam ceramahnya Kit Siang cuba menafikan kononnya dia anti-Islam.
Salah seorang pengunjung yang enggan mendedahkan identitinya, mengatakan dia langsung tidak bersetuju dengan keputusan Pas pusat untuk mendapatkan sokongan Kit Siang. Paling mengecewakan katanya, Pas buka setakat menagih sokongan DAP, malah turut membawanya hadir sebagai penceramah di Sungai Limau.
Ini kerana mereka tahu, Kit Siang adalah antara ‘Mastermind’ yang mahu memastikan kalimah Allah dapat digunakan oleh mereka yang beragama Kristian di dalam kitab Bible.
Menurutnya, dengan kehadiran Kit Siang di Sungai Limau ini, ia seolah-olah memberikan gambaran kepada mereka, Pas secara dasarnya telah bersetuju dengan gerakan musuh Islam itu.
Pada mereka, kehadiran Kit Siang di Sungai Limau ini bukan sekadar ingin meraih undi tetapi agenda utamanya ialah untuk menerangkan rasional penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam. Paling malang, gerakan tersebut turut disokong oleh mereka yang bergelar ulama.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.