TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, October 23, 2013

Gempar : Jari Telunjuk Tercucuk mata ?


Pagi tadi saya berceramah tentang Perlembagaan Persekutuan di hadapan mahasiswa yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Soalan favorite yg telah saya jangka akan di tanya oleh mahasiswa adalah begini "Mengapakah kerajaan tidak melaksanakan Undang2 Hudud kerana Islam adalah agama bagi Persekutuan mengikut perkara 3 Perlembagaan?"

JAWAPAN SAYA:

Sebenarnya, Kerajaan BN dan Kerajaan PR kedua-duanya tidak boleh di harap untuk melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia. Oleh itu camnilah saudara. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda jika Fatimah yg mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya. Dan berdasarkan firman Allah dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari azab api neraka, maka saya mencadangkan agar saudara dan sesiapa sahaja pejuang dan pencinta hudud di Malaysia ni, buatlah hukuman hudud sendiri di rumah,di kalangan ahli keluarga kita sahaja. 
 
Jika anak kita mencuri di sekolah, maka kita sebagai bapa potonglah tangan anak kita tersebut demi melaksanakan perintah Allah dan sunnah Rasulnya. Jika ada anak kita yang berzina, maka sebat dan rejamlah mereka dengan batu sehingga mati. 
 
Ya, mungkin polis akan menangkap kita kerana membuat undang2 sendiri yg bertentangan dengan undang2 sekular negara ini, maka biarkan polis menangkap dan mendakwa kita, biarlah kita di penjarakan di dunia kerana kesalahan memotong tangan anak sendiri yg mencuri atau kita di hukum gantung sampai mati sekalipun kerana menyebabkan kematian anak kita yang kita rejam dengan batu sampai mati, tak mengapa, 

Saya percaya mati kita itu mati syahid kerana niat nak menegakkan hukum Allah di muka bumi. Kita biarkan pemimpin kerajaan menjawab sendiri di yaumul-mahsyar nanti mengapa mereka tidak melaksanakan hudud. Sedangkan kita sebagai Pemimpin keluarga pasti tersenyum gembira di syurga Allah kerana kita telah melaksanakan perintah Allah.

SELEPAS SAYA JAWAB BEGITU, SATU DEWAN TERMENUNG DAN TERMANGGU.

SALAH KE JAWAPAN SAYA BERKENAAN??????

From: Buzze Azam.
 
MTMR berharap apabila kita membaca dan menulis apakah niat yang hendak di sampaikan sebenarnya. MTMR berpendapat penjelasan seperti ini boleh di lihat dari berbagai sudut. Sudut kebaikan dan sudut keburukkan.
 
Hingga ke satu tahap boleh seperti mempermainkan Ugama Islam. Contoh kita lihat pada perengan kedua. Adakah kita hakim untuk menjatuhkan hukuman ??? Adakah saksi semasa kejadian tersebut??? Hendak menghukum jadilah Hakim yang adil. Perkara ini hendaklah di ambil kira sebelum menjatuhkan hukuman. 
 
Yaa Allah ampunilah dosa-dosa hambamu, yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Semoga berilah perpaduan kepada umat Islam di Malaysia, agar kami beroleh keberkatan di dunia dan akhirat.

* Sekadar renungan bukan untuk mempertikaikan sesiapa. Agar kita sama-sama berfikir apabila kita selalu menuding kesalahan pada orang lain. Sebenarnya kita juga tidak mampu untuk melakukannya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat