TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, September 5, 2013

Terkini :Turunkan Najib !!! Naik Minyak ???

Terima kasih kerana sudi membaca coretan bodoh dari MTMR. Tergerak dan terpanggil untuk menulis Isu yang sedang hanggat diperkatakan dengan kenaikkan harga minyak RON95 dan DISEL sebanyak 0.20 Sen. Kenaikan ini bermula tepat jam 1201 Pada malam 3hb September 2013.


Maka berpusu-pusu rakyat Malaysia menyerbu mana-mana Pam Minyak di seluruh Negara. Bagi merebut peluang minyak murah terakhir. Kerana RON95 dari RM1.90 naik menjadi RM2.10 . Manakala Disel juga mengalami kenaikan 20 Sen seliter.
 
5hb September 2013 harga minyak RON97 dinaikkan 15 sen kepada RM2.85 seliter mulai tengah malam.

Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman mengesahkan kenaikan harga itu dalam temu bual Bernama hari ini.

Hanya kerana mendengar guruh di langit. Air di tempayan di curahkan. Harap pembaca blogs MTMR ini bersikap terbuka dan sama-sama bermusahabah diri. Bukan niat MTMR untuk mengajar kerajaan atau membenci kerajaan.

Cuba kita bayangkan kerana untuk memberi BR1M, pembangunan dan kemudahan rakyat. Kerajaan sanggup mengadaikan Ibu kepada masaalah iaitu MENAIKKAN HARGA MINYAK. Sebagai kerajaan yang perihatin kepada rakyat sepatutnya kerajaan memikirkan bagaimana untuk membantu rakyat.

Kita ambil kiraan mudah dengan pengurangan 0.20 sen Subsidi minyak kerajaan jimat 1.1 bellion. Jadi mengapa kerajaan hanya menguranggkan setakat 0.20 sen. Sekiranya MTMR di minta memberi pendapat maka MTMR akan cadangkan penjualan RON95 RM 3.90 dan RON97 RM 4.80. Kerajaan tidak perlu mengeluarkan subsidi satu sen pun untuk minyak .

Dengan kenaikkan tersebut kerajaan mempunyai lebihan wang negara sebanyak 21 bellion. Maka dengan itu kerajaan dapat melakukan apa sahaja untuk negara dan rakyat Malaysia. Ini sekiranya MTMR memikirkan untuk mengukuhkan kewangan negara. 

Tetapi dalam benak sanubari MTMR yang berjiwakan rakyat yang berpendapatan rendah iaitu RM 2000.00 kebawah. Golongan pertengahan dari RM 3000 ke RM 5000 dan selebihnya golongan atasan gaji RM 5001 ke atas. Amat memerlukan keperhatinan dari pucuk pimpinan Perdana Menteri untuk memikirkan ke sengsaraan rakyat bawahan.

Sepatutnya dalam keadaan seperti ini MTMR berpendapat kerajaan pula sepatutnya menurunkan kadar minyak sekurang-kurangnya 0.50 sen. MTMR faham dengan penurunan tersebut kerajaan terpaksa menanggung lebihan 5.5 bellion. Jumlah subsidi yang patut kerajaan tanggung demi rakyat adalah sebanyak 12.6 bellion. Tetapi kerajaan akan dapat hasil jangka panjang yang menguntungkan negara yang tidak perlu MTMR terangkan lebih lanjut di sini. Tetapi MTMR mempunyai fomuler mengapa kerajaan untung dari jangka masa panjang.

Sebagai contoh keburukkan dan malapetaka kerajaan menaikkan harga minyak. Pengusaha pengangkutan perdagangan telah menaikkan 5% cas perkhidmatan. Secara tidak langsung kenaikkan harga barang akan berlaku. Walaupun kerajaan memberi amaran tindakkan akan di ambil keatas mana-mana kenaikan barang berpunca dari kenaikkan harga minyak. Ternyata kerajaan tidak dapat untuk mengawal keadaan ini.

Harap kerajaan dapat menurunkan harga minyak dengan kadar segera, lihatlah rintihan rakyat seperti ungkapan di rangkumkan seperti ini.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci
Kerajaan Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak
mampu bayar.
 
Tapi...

Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta. Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling. Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar
pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga
metropolis?

Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki? Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh
wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda. Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga. Ya..
Mereka tak berharta.

Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas
mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.
Kerana aku taknak 
hilang perikemanusiaan.

Renung-renungkanlah wahai pemimpin Malaysia.

Sayang Isteri tinggal-tinggalkan,
Sayang anak tangan-tangankan,
Sayang pemimpin tegur-tegurkan.

Sedikit sama di cicah,
Besar sama di lapah.

Ikhlas dari MTMR ( Malaysia Transformasi Minda Rakyat )





No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat