Dalam kepayahan kita mencerna berita pengurangan subsidi minyak, berbagai-bagai persoalan dikemukakan mengenai rasionalitinya tindakan ini diambil. Ramai yang melihat bahawa pengurangan subsidi minyak seharusnya menjadi pilihan terakhir untuk merancakkan ekonomi negara.
Ini bukan kali pertama subsidi dikurangkan. Dari pengalaman Malaysia, telah beberapa kali subsidi dikurangkan dan setiap kali juga ia akan berhadapan dengan kemarahan rakyat.
Apa yang penting ialah kerajaan harus menunjukkan bahawa langkah ini diambil sebagai pilihan terakhir.
Dalam pemerintahan Tun Mahathir, kenaikan harga minyak diimbangi dengan kenaikan cukai hiburan, cukai korporat, cukai minuman keras, rokok dan sebagainya. Dengan cara itu, ekonomi negara terus rancak dan rakyat juga tidak marahkan kerajaan.
Dalam menghadapi krisis kewangan pula, Tun Mahathir melaksanakan kaedah tambatan ringgit, sekali lagi bagi mengelakkan rakyat bawahan menerima kesan yang besar. Kaedah ini dilihat sesuai digunakan pada hari ini di mana keadaan Ringgit Malaysia yang semakin merudum.
Hari ini, Ringgit Malaysia jatuh ke paras rendah berbanding dolar Amerika untuk tempoh tiga tahun dan 15 tahun rendah berbanding dolar Singapura menjadikan dagangan import lebih mahal sementara nilai eksport lebih rendah meskipun jumlah eksport menurun. Justeru, tambatan nilai ringgit harus dilakukan segera bagi mengelakkan nilai ringgit terus jatuh.
Secara ringkasnya, pengurangan subsidi adalah tidak perlu sekiranya beberapa langkah lain dilaksanakan.
Apa yang lebih membimbangkan ialah desas-desus bahawa kerajaan bakal mengambil langkah yang bertentangan dari yang diambil oleh Tun Mahathir dalam menghadapi situasi sama. Jika Tun Mahathir memilih untuk menaikkan cukai korporat dan menyalurkan pendapatan dari situ kepada golongan berpendapatan rendah melalui subsidi, kerajaan hari ini dikhabarkan akan mengurangkan lagi cukai korporat atas alasan untuk merancakkan ekonomi.
Kita menyambut baik cadangan kerajaan untuk menggunakan penjimatan dari pengurangan subsidi minyak bagi pembangunan luar bandar, peningkatan kadar BR1M dan program-program kewangan untuk golongan berpendapatan rendah. Namun, jumlah RM1.1 billion tidak mungkin mampu melonjakkan kedudukan ekonomi masyarakat luar bandar dan golongan berpendapatan rendah bagi menyaingi golongan berpendapatan tinggi.
Sebaliknya, ekonomi yang rancak hasil dari pengurangan cukai korporat dan dasar terbuka akan melipatkan-gandakan pendapatan golongan berpendapatan tinggi. Keadaan ini akan menyebabkan harga hartanah meningkat berlipat kali ganda, begitu juga dengan harga barangan harian.
Kadar peningkatan pendapatan kedua-dua golongan yang tidak seiring akhirnya akan melebarkan lagi jurang ekonomi. Di kala golongan berpendapatan tinggi melonjak secara drastik, golongan berpendapatan rendah masih merangkak untuk membina ekonomi keluarga.
Dari segi politik pula, tindakan tidak popular tidak seharusnya diambil jika masih ada cara lain. Rakyat berpendapatan rendah dan luar bandar mungkin merasa gembira dengan pengumuman peningkatan BR1M, tetapi rakyat berpendapatan sederhana yang merupakan kumpulan paling ramai menggunakan RON95 tertanya-tanya apakah faedahnya untuk mereka. Ini menimbulkan persoalan sinis dan kritikal terhadap kerajaan kerana mereka tidak layak menerima BR1M serta tidak pula mampu menyertai ‘pesta ekonomi’ golongan berpendapatan tinggi. Mereka terperangkap dalam kos sara hidup dan hartanah yang melonjak tinggi di bandar.
Memandangkan masalah utama ialah penurunan nilai ringgit, maka sebaiknya kerajaan menumpukan kepada usaha untuk mengukuhkannya terlebih dahulu sebelum tergesa-gesa membuat keputusan. Dengan itu, kaedah tambatan nilai ringgit dilihat sebagai kaedah paling tepat. Kaedah ini akan membantu meningkatkan populariti kerajaan di kalangan rakyat marhaen serta membawa kesan jangka panjang yang lebih baik dari segi mendekatkan jurang ekonomi di dalam masyarakat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Silat Melayu
DOA DOHA
WALI SONGO
Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.
WAJIB TONTON
Top Blogges
A. Blog Warta Pasir Gudang
-
-
-
Sedang mencuba Dan mencari.10 years ago
-
-
-
Bersolatlah.11 years ago
-
10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak11 years ago
B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.
-
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berasa sedih apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara meletakkan tanggungjawab berhubung kel...
-
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-me reka yang dikehen...
-
Secara Ringkas... Nota Penulis : Ancaman terhadap negara datang dari luar dan dalam. Untuk memudahkan perancangan musuh Islam, agenda...
-
* Bot Komando Sg.Udang Hilang Dilaut, mungkin ini yg sedang mereka lakukan . Motto Rejimen - Cepat Dan Cergas ... Lambang Rejimen - ...
-
ARTIKEL TULISAN SAHABAT SHAHPASKAL, MUSIBAH DEMI MUSIBAH, PLEASELAHHH..INI BALA BEB, BUKAN UJIAN UNTUK UMAT TERPILIH Bila dah banji...
-
Gambar di atas merupakan kompleks pertahanan bawah tanah Malaysia, lokasi rahsia. 1. Malaysia melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ...
-
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh menyebabkan negara sekali lagi terjerumus dalam krisis ekonomi Asia seperti yang berl...
-
Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis kedua terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed ...
-
Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak ...
-
Ya Allah permudahkanlah urusan sahabat-sahabat sukarelawan PPBM. Rahmatilah mereka dan selamatkanlah mereka dalam kerja amal yang dilakukan....
C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat
-
Sah! Kes Najib Razak Cacat1 day ago
-
-
-
-
-
Kempen "Buy Muslim First"5 years ago
-
-
TIGA WATAK DIAKHIR ZAMAN5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sedang mencuba Dan mencari.10 years ago
-
Moral Anwar Menyesatkan Umat Islam10 years ago
-
-
-
Bersolatlah.11 years ago
-
10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.