TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, August 27, 2013

Kajian Keuntunggan TPPA kepada Malaysia?



Saya harap kerajaan Malaysia dapat mengkaji betul-betul sebelum menandatangani TPPA?


Apakah perundangan Malaysia telah mengkaji implikasi penuh TPPA? Jika di lihat perjanjian antarabangsa sebelum ini yang di sertai Malaysia, kita sentiasa di pihak yang rugi.
Penentangan banyak pihak terhadap perjanjian perdagangan bebas Perkongsian Trans-Pasifik TPP yang sedang dirunding oleh Malaysia dengan 11 negara lain turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau yang meneliti isu itu, mengambil penderian sama dengan kebanyakan badan bukan kerajaan. Kajian dengan teliti dan lebih mendalam dan telus atau tarik diri daripada rundingan.

Apakah sebenarnya yang membimbangkan seorang pemimpin yang pernah menerajui negara selama 22 tahun?

Hak sama, keupayaan berbeza.

AS terlalu besar, Mereka ada kuasa penekanan yang lebih termasuk dalam bindang perundingan dan apabila berlaku perbalahan, apabila dirujuk kepada mahkamah, kita akan hadapi banyak masalah untuk dapatkan kemenangan bagi pihak kita.

As punya ekspot dan barangan lebih banyak daripada kita. Sebaliknya kita di Malaysia ini, ekonomi kita dalam proses pertumbuhan dan juga kita telah cuba guna ekonomi untuk perbetulkan keadaan sosial dalam negara. Umpamanya, kita mempunyai Dasar Ekonomi Baru ( DEB )

Lagipun kita dapati segala dasar-dasar ekonomi dalam negara kita ini dikaji oleh AS dan mereka nak kita sesuaikan ekonomi Malaysia bukan dengan keadaan dalam negara kita tetapi dengan keadaan dagangan mereka.

Sebahagiannya kerana kita ada masalah dalaman yang memerlukan kerajaan untuk mendiskriminasikan agihan kontrak terutamanya kontrak perolehan kerajaan. Sebaliknya, AS pula memberi lindungan kepada keluaran pertanian mereka, mereka beri subsidi yang amat besar kepada keluaran pertanian mereka.

Mereka juga ada cara-cara untuk lindungi barangan mereka, bukan dengan cara cukai tapi dengan mengadakan standard tertentu dan sebagainya yang sukar kita nak penuhi.

Sebaliknya kita di sini kerap terima apa sahaja barangan dari luar tanpa mengambil kira standard dan kalau ada standard pun, kita dipaksa memberi pengecualian daripada standard. Jadi tidak ada persamaan antara hak mereka dengan hak kita.

Memandangkan tangan aku dah mula kebas-kebas dan lenguh aku tangguhkan dulu penulisan ini. Aku akan sambung lagi di lain masa dan kesempatan.

Aku harap satu gerakan dan desakkan kepada kerajaan untuk menjauhi TPPA sebelum seperti menyerahkan Malaysia kepada kuasa luar. Akhirnya Malaysia muflis hak di negara sendiri.


Sedarlah wahai pemimpin negara yang aku sayangi.

Bak kata pepatah sayang anak tangan-tangankan,
Sayang Isteri Tinggal-tinggalkan,
Sayang Pemimpin tegur-tegurkan.

Ikhlas dari saya Hitam Pedu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat