Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, August 27, 2013

Jenazah Malbat 5 di bawa pulang ke Malaysia.

Gambar Sekadar hiasan.

KUALA LUMPUR - Jenazah anggota pasukan Batalion Malaysia (Malbatt 5), Sarjan Rosdi Mohamad Zan yang meninggal dunia akibat kemalangan kenderaan tentera di Lubnan, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2.30 petang ini.


Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 3.30 petang.

Jenazah kemudian akan diterbangkan ke Ipoh, Perak dengan pesawat C130 dari Pangkalan TUDM Subang.

Upacara penghormatan terakhir telah dilaksanakan di Helipad Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri di Lubnan pada pukul 4 petang (9 pagi waktu Malaysia) semalam.

Pada upacara itu, Komander Pasukan Unifil, Mejar Jeneral Paolo Serra menganugerahkan Allahyarham pingat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Unifil manakala Lebanon yang diwakili Komander Angkatan Tentera Lebanon, Kolonel Said Mourad menganugerahkan Pingat Negara Lebanon. - Bernama


Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat