TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, June 22, 2013

Unit Amal Pas dikesan sudah sampai disekitar Masjid Negara Kuala Lumpur.

 

Unit Amal Pas yg dikesan sudah sampai disekitar Masjid Negara Kuala Lumpur petang tadi. Nampaknya pasukan keselamatan tiada pilihan lain bagi menangani permasaalahan ini. Nasihat demi nasihat, amaran demi amaran tidak di hiraukan.


Peserta perhimpunan hilang 'punca' - Mufti Kelantan
Mohamad Shukri
KOTA BHARU 20 Jun - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan peserta perhimpunan haram pakatan pembangkang Sabtu ini di Kuala Lumpur sebagai golongan yang sudah hilang 'punca'.
Beliau berkata, golongan tersebut sebenarnya sukar untuk diperbetulkan dan sebarang saranan termasuk mengadakan solat hajat yang jauh lebih baik daripada perhimpunan itu tetap tidak memberikan sebarang faedah kepada mereka.
Sebaliknya kata beliau, peserta perhimpunan itu tetap akan melakukan apa yang mereka fikirkan, meskipun mendapat tentangan banyak pihak.
"Mereka memang suka begitu. Dahulu sebelum pilihan raya, sudah ada perhimpunan sebegini, saya ingat akan berakhir. Namun, selepas pilihan raya, mereka masih lagi tidak puas hati. Itu tidak puas hati, ini tidak puas hati.
"Sekarang saya nampak kalau kita hendak menentang situasi ini, kita terlalu bergantung pada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ulama, padahal itu hanya melibatkan isu politik dan sepatutnya ahli politik yang perlu menyelesaikannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekiranya keadaan memerlukan dan berlaku situasi yang tidak dapat dikawal dalam perhimpunan haram anjuran parti pembangkang di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Sabtu 22/6/2013.


Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata, setakat ini PDRM telah mengambil langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka diadakan di Padang Merbok itu.

 
"Setakat ini polis masih mampu untuk kekalkan keamanan (negara). Kami sentiasa berhubung dengan tentera dan saya pun sudah bercakap dengan Panglima Tentera Darat semalam berhubung perkara tersebut," 
 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat