TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, June 22, 2013

Sudah kalah-kalahlah: Jawatan Speaker, Anwar Ugut Untuk PERANG BESAR?

Belum pun isu mengenai himpunan Black 505 selesai diperkatakan, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sekali lagi dengan pementasan drama yang baru bertujuan untuk mempengaruhi minda di bawah sedar dengan sandiwara terbaru nukilannya. Ia ekoran dari kegagalannya untuk mempengaruhi sokongan ahli-ahli Parlimen pakatan pembangkang agar memboikot sidang parlimen yang bakal diadakan pada minggu depan.

Lihat sahaja bagaimana dia bersungguh dengan program jelajah di seluruh negara agar rakyat turut bangkit dan simpati dengan drama arahannya kononnya berlaku penipuan dalam sistem pilihanraya. Namun apabila sokongan yang diterima semakin merosot hari demi hari, dia terpaksa menarik ‘handbrake gear’ dengan menjual nama Yang di-Pertuan Agong sebagai alasan untuk hadir majlis angkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat.

Namun skrip pementasan drama terbarunya itu tidak berhenti setakat itu sahaja, kali ini dia cuba mengugut akan terjadi ‘perang besar’ sekiranya pemilihan Speaker Dewan Rakyat tidak dijalankan secara undi rahsia.

“Kalau kamu gagal bersikap jujur dalam Parlimen, kamu nak langgar pemilihan Speaker, kamu berdepan dengan perang besar pada 24 Jun ini,” ugut Anwar semalam.

Bagi yang sentiasa mengikuti seisi persidangan Dewan Rakyat, sudah pasti akan sedia maklum dengan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat menurut Perkara 62 (1) Perlembagaan Persekutuan atau lebih dikenali sebagai ‘Buku Biru’ di kalangan ahli-ahli dewan.

Di dalam buku peraturan tersebut secara jelas telah menggariskan tatacara yang perlu dilakukan sebagai garis panduan urusan mesyuarat. Sebagai contoh buku tersebut di dalam Perkara 4 (3) muka surat 4, secara jelas mengatakan “Jika lebih daripada seorang ahli atau seorang lain cadangkan dan disokong jadi Tuan Yang di-Pertua, maka Majlis hendaklah menjalankan pilihan dengan undi bersurat”.

Oleh yang demikian seharusnya tidak timbul sebarang kenyataan berbaur ugutan untuk mengadakan ‘perang besar’. Tambahan pula Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat tidak menetapkan jumlah undi 2 pertiga 3 untuk pemilihan jawatan Speaker. Memadai dengan calon yang mendapat undi tertinggi akan dipilih untuk menjawat jawatan tersebut.

Ahli Permatang Pauh itu sebelum ini mengatakan pakatan pembangkang akan mencadangkan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Abdul Kadir Sulaiman dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat dan ahli parlimen Tumpat Datuk Kamruddin Jaafar untuk jawatan timbalan speaker.

Memandangkan parti Barisan Nasional (BN) mempunyai jumlah perwakilan seramai 133 orang, melebihi 60 peratus, berbanding DAP 38 orang, PKR 30 orang dan Pas 21 orang (jumlah keseluruhan 89). Dengan perbezaan seramai 44 orang perwakilan, ia sudah cukup memberikan kelebihan yang besar kepada calon yang dikemukakan oleh BN.

Memandangkan Anwar telah menyedari mengenai hakikat ini, maka untuk apa isu yang remeh ini ingin dibangkitkan? Jawapan yang mudah ialah, mengambil langkah awal dengan menyerang institusi (jawatan Speaker) tersebut seperti yang sering dilakukan olehnya sebelum ini. Dengan cara itu, semua isu yang bakal atau sengaja diadakan kelak akan dengan mudah diletakkan kepada Speaker.

Kesimpulannya, pementasan dram terbaru Anwar ini hanya bertujuan untuk menutup aibnya yang sebelum ini secara jelas telah GAGAL untuk menarik sokongan ahli-ahli parlimen pakatan pembangkang untuk akur dengan gesaan memboikot Majlis Angkat Sumpah. Ini kerana, umum mengetahui Anwar sudah tidak lagi dapat membendung nafsu dan impian untuk bergelar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Dan percayalah tempoh 5 tahun lagi adalah merupakan satu jangka masa yang amat panjang untuk Anwar mencuba buat ke sekian kalinya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat