Shah Alam: Tiada sebarang bukti atau keterangan di mahkamah yang
menyatakan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, pemandunya,
seorang peguam dan pegawai bank sudah meninggal dunia atau mati dibunuh,
Mahkamah Tinggi di sini, semalam, diberitahu.
Peguam, Manjeet Singh Dhillon dalam hujahnya berkata, tiada saksi pendakwaan memberikan keterangan secara langsung bahawa mangsa dibunuh di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjong Sepat, Banting, antara jam 8.30 dan 9.45 malam, pada 30 Ogos 2010.

Manjeet mewakili tertuduh pertama yang juga peguam, N Pathmanabhan,
berkata keterangan saksi juga tidak menyatakan anak guamnya dan tiga
lagi tertuduh terbabit dalam pembunuhan itu yang dilakukan dengan niat
bersama.
Kemuka semua bukti
Beliau yang mengemukakan hujahan di akhir kes pendakwaan berkata, pihak pendakwaan perlu mengemukakan kesemua elemen berhubung bukti dan keterangan itu melalui saksinya pada peringkat ini, bagi membuktikan kesnya.
Pathmanabhan, 44, dan tiga bekas pekerja ladangnya, T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa atas dakwaan membunuh Sosilawati, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.
Manjeet berkata, anak guamnya hanya ditahan pada 11 September 2010, iaitu lebih 48 jam selepas ketiga-tiga tertuduh lain ditahan.
Beliau berkata, Pathmanabhan sepatutnya sudah mengetahui apa terjadi di ladang pada ketika itu, lebih-lebih lagi banyak khabar angin dan dakwaan sudah diperkatakan mengenainya.
“Tertuduh tidak melarikan diri walaupun boleh berbuat demikian. Apabila polis tiba, dia masih di sana dan semua fail serta dokumen masih berada di pejabat. Ini menunjukkan dia tidak bersalah,” katanya.
Manjeet berkata, keterangan menunjukkan Sosilawati terbabit dalam urus niaga hartanah di Pulau Pinang melalui syarikat Southern Symphony dan anak guamnya bertindak sebagai seorang peguam, tetapi pendakwaan tidak mengemukakan sebarang bukti mengenai status syarikat, rekod kewangan atau perniagaan dijalankannya.
Ketepi pengakuan
Beliau berkata, tidak ada sebarang bukti atau keterangan di mahkamah menunjukkan urus niaga hartanah itu tidak teratur atau tidak sah.
Manjeet turut memohon mahkamah mengetepikan pengakuan salah K Sarawanan dan U Suresh yang melupuskan bukti dengan membakar dan membuang abu mayat semua mangsa, liputan media cetak dan elektronik berhubung kes bunuh itu dan meneliti semua keraguan yang ditimbulkan pembelaan, sebelum membuat keputusan.
Pendengaran hujahan di depan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung hari ini.

No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.