Ketika telah rasmi, BN kembali membentuk kerajaan di Malaysia, seorang ayah dapat mengesan ada banyak air mata yang tergenang dari kelopak mata anaknya.
Si ay...ah, lantas bertanya: "Kenapa kau menangis nak?"
"Saya kasihankan ayah..." jawab anaknya dengan nada yang tersekat-sekat.
"Oh... Sebab ayah sudah penat berjuang, sudah banyak berkorban; tapi tak menang?" sambut si ayah.
"Bukan itu..." si anak menafikan tekaan ayahnya.
"Sudah tu, kenapa?" tanya si ayah kembali.
"Saya teringat. Hari tu, ayah buat kira-kira. Ayah tersenyum. Ayah kata, kalau PR menang, kita ada duit lebih setiap bulan. Ayah kata, duit tol dah tak ada. Petrol dah murah. Ayah kata, kalau PR menang, kita akan ada duit yang cukup untuk beli dan bayar bulanan kereta. Ayah nampak lebih gembira bila menyatakan bahawa hati ayah lega kerana tak perlu lagi fikir di mana lagi nak cari duit untuk pembelajaran saya di universiti dan persekolahan adik-adik..."
Si ayah terus terdiam. Lidahnya kaku. Direnungnya mata anaknya itu. Tiba-tiba, matanya digenangi air. Ya, ada benar juga kata-kata anaknya itu. Namun, apa yang membuat dia terasa lebih hiba adalah betapa anaknya itu turut menumpang rasa susah dan kesedihan yang ditanggungnya..
Pssttt....Apa yang MTMR nak katakan usaha itu tangga kejayaan....semua nak Free....akan menyebabkan negara mempunyai rakyat tiada jati diri.....
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.