TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, May 8, 2013

#PRU13-Sakit Hati Saya akan Ludah Muka Orang itu-Haram Jadah?


Nak tahu kisah sebenar Pas dikeluarkan dari BN satu masa dulu sila klik di sini
Selain daripada pernah berkerjasama dengan BN, Pas juga pernah berkerjasama dengan Semangat 46 melalui gabungan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah, pun lebur juga kerjasama itu. Semuanya kerana sikap Pas yang penipu. Sampai Ku Li bersumpah depan ribuan orang di Kota Bharu bagi membuktikan Pas penipu.
Dalam pak-khatan rakyat pun sama juga. Tanda-tanda nak lebur pun dah ada. Lihat apa yang terjadi masa PRU baru-baru ini. Kerusi PKR letak calon , mereka pun pergi letak calon. Akhirnya terbang kerusi Dun Kota Damansara dan Sungai Acheh. 
Pas memang tak boleh kerjasama dengan mana-mana pihak kerana mereka pengkhianat. Mereka hanya boleh berkerjasama dengan syaitan. Sebab mereka pun dari spesis itu. 
Satu lagi contoh bagaimana Pas mengkhianati rakan mereka yang baru terjadi dalam PRU beberapa hari lepas. 
PRU 12 tahun 2008 BN hanya menang dua kerusi parlimen di Kelantan, Gua Musang dan Jeli. PRU 13 BN tambah lagi 3 kerusi parlimen. Ketereh, Machang dan Tanah Merah. Dimana ketiga-tiga kerusi itu ditandingi oleh PKR. 
PKR kalah semua kerusi parlimen yang ditandingi di Kelantan . Pas satu pun tak kalah sepertimana 2008.
Yang peliknya, kerusi parlimen yang ditandingi PKR kalah, tetapi dun dalam parlimen berkenaan dimenangi Pas dengan majoriti yang selesa. 
1) Parlimen Ketereh - BN menang 974 undi
Dun Kok Lanas - BN menang 169 undi
Dun Melor - PAS menang 2489 undi
Dun Kadok - Pas menang 3097 undi
Dua Dun Pas boleh menang dengan  5586 undi, bagaimana pula parlimen PKR boleh kalah dengan 974 undi ?

2) Parlimen Tanah Merah - BN menang 4227 undi
Dun Gual Ipoh - BN menang 1704 undi
Dun Bukit Panau -  Pas menang 3740
Dun Kemahang - Pas menang 1436
Pas boleh menang di dua Dun dengan 5176 undi, tetapi PKR kalah parlimen dengan 4227 undi. 
3) Parlimen Machang - BN menang 805 undi
Dun Pulai Chondong - Pas menang 919 undi
Dun Temangan - Pas menang 1085 undi
Dun Kemuning - Pas menang 1034 undi
Pas sapu bersih tiga dun dalam parlimen Machang dan menang dengan undi 3038 undi, tetapi PKR boleh kalah parlimen dengan 805 undi. 
Maknanya apa ?
Maknanya ada berlaku pengkhianatan dari kalangan penyokong-penyokong Pas. Mereka boleh beri undi Dun kepada Pas tetapi tidak kepada PKR untuk parlimen. 
Seperti yang kita sedia maklum sehingga hari mengundi pun Pas masih lagi belum menyatakan persetujuan untuk memilih Anwar sebagai PM jika mereka menang. Jadi adalah tidak mustahil calon-calon parlimen PKR disabotaj oleh Pas dalam usaha untuk mengurangkan kerusi yang dimenangi PKR dan mereka ada alasan untuk menolak Anwar sebagai PM. Kemudian jawatan PM dapat kepada Pas...licik...licik....
Tapi malangnya Anwar tak dapat, Pas pun tak dapat, Najib juga yang dapat.....lain kali lah....
Terus terang saya katakan, saya tidak bersetuju untuk Umno adakan sebarang kerjasama dengan Pas. Ianya akan jadi balik asal sepertimana yang pernah berlaku dulu. Pas suka khianat rakan. Umno duduk dengan MCA, MIC, PBB, dan macam-macam parti komponen BN sejak perpuluh tahun tiada apa-apa masalah. Tapi dengan Pas tahan tak lama. 
Kalau nak kerjasama juga, bubar Umno bubar Pas dan duduk bawah satu entiti yang baru. Kalau itu berlaku Insyallah tidak ada apa-apa masalah yang akan timbul. Tapi boleh berlakukah itu ? Saya rasa tak mungkin...
Tak perlu Umno nak fikirkan kerjasama dengan Pas. Kita Umno kuat dan ada 88 kerusi berbanding dengan Pas yang hanya ada 21 kerusi. Mereka nak kerjasama mereka mari kepada kitalah. Bukan kita yang nak perlu terhegeh-hegeh jumpa mereka sampai nak kena ludah dengan Nik Aziz. 
Kata nak ganti Umno, tapi menang 21 kerusi ja....podah chit....
Kita tak perlu Pas untuk BN jadi kuat. Kalau jadi kuat kerana Pas pun ia tidak akan kekal lama. Formula yang terbaik adalah mendapat sokongan semua bangsa. Formula yang BN pakai selama ini sudah betul. Sebab itu Pas terpaksa ikut formula BN. Dulu sebelum ikut formula BN , Pas tak berjaya pun. Selepas ikut formula BN barulah Pas boleh menang di negeri-negeri luar dari Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Kita pula nak ikut formula lama Pas buat apa ? Kita nak undur ke belakang ke ?
Sumber:http://www.rbfonline.net/2013/05/pas-pengkhianat-tak-perlu-kerjasama.html

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat