Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Wednesday, May 8, 2013

#Orang Melayu Jangan Tamak.

on Tuesday, May 7, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa




Masyarakat Cina Malaysia didakwa "menolak salam persahabatan" yang dihulurkan oleh orang Melayu apabila sebahagian besar mereka mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum Ahad ini.

Ini ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang akhbar khas di Putrajaya hari ini ketika menilai prestasi BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya, masyarakat Cina telah termakan "propaganda" DAP untuk menjatuhkan kerajaan "Melayu yang didakwa korup".

Beliau juga menolak tanggapan bahawa trend pengundian mencerminkan wujudnya jurang politik bandar dan luar bandar.

"Sekarang bandar meliputi kawasan pinggir bandar juga," katanya sambil menambah bahawa hasilnya Selangor telah menjadi sebuah negara yang majoriti Cina.

Beliau mengulangi pendiriannya bahawa kempen DAP adalah untuk membuat masyarakat Cina membenci orang Melayu.


"Saya telah berkata beberapa kali dalam kempen saya, begitu juga di Johor. Lim Kit Siang membawa konsep Malaysian Malaysia, dengan niat untuk membuat orang Cina membenci Melayu," kata Dr Mahathir.

Akibatnya, tambah beliau, ramai orang Cina menolak salam persahabatan Melayu."

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau tidak dapat menolak kewujudan "Melayu yang tamak" untuk mendapatkan kuasa.

Menurutnya, terdapat tiga parti berasaskan Melayu, dan wujud keretakan dalam setiap parti, begitu juga Umno.- Malaysiakini-

Malah, kata Mahathir, orang Melayu telah menjadi "pengemis di negara mereka sendiri".

"Jika orang Melayu tidak tamak, tidak akan berlaku 'tsunami Cina," tegasnya.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat