TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, May 25, 2013

Malaysia menyeru pihak berkonflik membuang sifat ekstrem.


KUALA LUMPUR: Malaysia menyeru semua pihak yang berkonflik agar membuang sifat ekstrem dan bergerak ke arah mempromosi budaya aman bagi menyelesai perbezaan antara mereka.

Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Datuk Hussein Haniff, berkata budaya seumpama itu boleh menyatupadukan semua pihak yang boleh dilakukan pemimpin agama, ibu bapa, keluarga, guru, artis, ahli akademik, masyarakat madani, wartawan, pelajar dan orang ramai dari segenap lapisan masyarakat.

 
"Malaysia menganjurkan pergerakan kesederhanaan global yang bertujuan mempromosi keamanan dan keharmonian global yang berkekalan.


"Kami menjemput semua yang hadir di sini hari ini untuk menyertai pergerakan ini dengan cara mereka sendiri untuk mempromosi kesederhanaan di peringkat antarabangsa, serantau, nasional dan tempatan," katanya pada sambutan Hari Wesak di Ibu Pejabat PBB di New York semalam.

Teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama hari ini.

Mengenai sambutan Wesak di Malaysia, Hussein berkata Malaysia serta rakyatnya yang kira-kira 19.2 peratus beragama Buddha menyambutnya setiap tahun.

"Hari Wesak di Malaysia diisytihar cuti umum sejak 1962," katanya.
Beliau berkata ini merupakan manifestasi sejarah panjang Malaysia mengenai hubungan erat antara rakyat berlainan kepercayaan dan budaya yang Malaysia turut berbangga dengan kepelbagaiannya kerana ia memberi kekuatan kepada negara secara keseluruhan menerusi semangat 1Malaysia.

"Salah satu elemen utama dalam menyemai perpaduan nasional ialah pendekatan kesederhanaan yang diamalkan kerajaan Malaysia serta rakyat dalam menangani pelbagai isu termasuk meningkat hubungan antara kepercayaan dan budaya.

"Kejayaan kami sebagai sebuah negara hingga hari ini bergantung sepenuhnya kepada kesediaan kesederhanaan dari semua agama dan budaya untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama dalam mengekal keamanan, keharmonian dan kemakmuran," katanya.

Hussein berkata Malaysia mahu mengambil peluang untuk menyeru kepada kesederhanaan di kalangan masyarakat antarabangsa dalam mencapai keamanan dan keharmonian global. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat