Penjelasan seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah mengenai hak pelbagai kaum dalam negara ini mengikut Perlembagaan Persekutuan menimbulkan pelbagai reaksi yang sungguh tidak menyenangkan daripada sesetengah pihak.


Maka bersuaralah jaguh yang sering persoalkan kedudukan Melayu, Karpal Singh terhadap bekas hakim itu hingga mahu menyamannya. 

Ada pelajar Melayu yang cemerlang menerima biasiswa untuk belajar di luar negara sering dipandang serong, kononnya pelajar Melayu itu boleh berada di universiti luar negara itu hanya kerana bangsanya, dia tidak mungkin boleh diberikan biasiswa kerana kononnya keputusan peperiksaannya tidak seberapa. Inilah persepsi berterusan digembar-gemburkan oleh bukan Melayu sehingga mereka berterusan memandang serong terhadap kebolehan Melayu.

Demikianlah halnya dengan Pengerusi DAP ini. Sedikit yang disentuh mengenai hak Melayu, dia dan rakannya yang seumpamanya berterusan saja mengeluarkan ugutan mahu saman.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu sepatutnya tidak berdiam diri tetapi perlu bertindak menyaman sesiapa saja yang mengungkit hak Melayu seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kini sudah tiba masanya Melayu jangan lagi bersikap pasif hanya untuk mempertahankan diri daripada tohmahan yang terang-terangan boleh menggugat kedudukan mereka seperti dibenarkan oleh Perlembagaan. 

Ini kerana ia boleh menimbulkan keadaan tidak diingini sehingga menjejaskan hubungan baik antara Melayu dan Cina dan boleh pula menggugat keadaan aman dan tenteram dalam negara. 

Melayu bosan dengan tohmahan.