TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, May 6, 2013

#Keputusan rakyat pilihan rakyat #Malaysia Spring harus diawasi.

Rakyat berasa lega kerana Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berakhir dengan lancar dan aman semalam. Syabas diucapkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pasukan keselamatan kerana berjaya memastikan proses pengundian berjalan tanpa kekacauan besar. Malah, rakyat Sabah yang sebelum ini bimbang dengan situasi keselamatan berikutan pencerobohan pengganas dari selatan Filipina lebih dua bulan lalu juga dapat mengundi dengan tenang.
 
Tentunya penghargaan kepada lebih 10 juta pengundi yang keluar melaksanakan hak dan tanggungjawab memilih wakil rakyat masing-masing. Sekali lagi rakyat Malaysia menunjukkan kematangan dalam amalan demokrasi yang semakin subur di negara ini. Malah, peratusan keluar mengundi pada kadar 80 peratus adalah yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya umum negara. Peningkatan peratusan keluar mengundi itu membuktikan lebih ramai rakyat sedar mengenai tanggungjawab mereka memilih kerajaan yang akan mentadbir negeri dan negara. Ia juga membuktikan betapa SPR sekali lagi berjaya melaksanakan tanggungjawab mengurus pilihan raya dengan lancar, walaupun sebelum itu ada ancaman untuk menggagalkannya.

Paling penting keputusan rasmi yang diumumkan SPR itu harus diterima dan dihormati semua pihak. Ia adalah keputusan pengundi dan mandat sah yang diberikan pengundi kepada gabungan parti politik pilihan untuk membentuk kerajaan negeri dan Pusat. Tiada pihak yang sepatutnya mempertikaikan pilihan dibuat rakyat, apatah lagi mengadakan demonstrasi atau perkara lain yang boleh menjejaskan ketenteraman awam. Pembentukan kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat untuk tempoh mandat baharu perlu berlangsung dengan lancar dan aman. Sebarang kekacauan hanya akan memberi kesan buruk kepada seluruh rakyat dan negara. Kita harus sedar bahawa dunia sedang memerhati kita, begitu juga pelabur yang merancang menanam modal di negara ini. Sebarang isyarat negatif yang membayangkan ketidakstabilan politik akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara. Justeru, kita harus menolak sebarang hasutan untuk mengganggu gugat hasil proses demokrasi yang telus. Sebarang sambutan untuk meraikan kemenangan juga perlu dilakukan secara berhemah, jangan melampau sehingga mengguris hati pihak yang kalah. Peristiwa hitam 44 tahun lalu perlu dijadikan iktibar supaya Malaysia tidak lagi terjerumus dalam persengketaan kaum. Tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk memilih kerajaan sudah disempurnakan. Kini masanya untuk kita semua menyokong kerajaan yang dipilih demi kepentingan Malaysia dan rakyat seluruhnya.

Tiada pihak yang sepatutnya mempertikaikan pilihan dibuat rakyat, apatah lagi mengadakan demonstrasi atau perkara lain yang boleh menjejaskan ketenteraman awam. Pembentukan kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat untuk tempoh mandat baharu perlu berlangsung dengan lancar dan aman.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat