Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Friday, April 12, 2013

Lim Kit Siang balik Pening.

MALU! LIM GUAN ENG & BAPA LIM KIT SIANG DAP TERIMA SATU LAGI TAMPARAN HEBAT! #PG13 #PRU13

Lim Guan Eng dan bapa beliau, Lim Kit Siang DAP menerima satu lagi tamparan hebat apabila lebih ramai kepimpinan DAP meletakkan jawatan kerana tidak percaya lagi kepada kepimpinan parti itu.


Sebelum ini, jentera DAP Johor lumpuh apabila tiga pemimpin kanan DAP Johor meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa pilihan raya parti negeri. Mereka ialah Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau; Timbalan, Norman Fernandez dan Setiausaha DAP negeri Tan Chen Choon.

DAP Kedah juga pernah mengugut Anwar Ibrahim kerana didakwa mengumumkan nama calon PRU tanpa perbincangan.

Yang terbaru dan memalukan parti DAP ialah pergolakan DAP Negeri Sembilan :
DAP Negeri Sembilan mendapat tamparan hebat apabila tujuh pemimpin kanan peringkat cawangan parti itu malam tadi mengisytiharkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 
Kumpulan terbabit yang diketuai oleh Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham merupakan individu terawal yang membantah dan membuat laporan berhubung pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu hujung tahun lalu. 
Selain David, enam lagi yang menyatakan pendirian mereka ialah 
1. Setiausaha DAP Cawangan Ladang Paroi, Mahendran Krishnan;  
2. Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Richard Francis. 
3. Naib Pengerusi Cawangan Desa Dahlia Senawang, Jesu Dason; 
4. Setiausaha DAP Cawangan Ladang Regent, Tampin, Chelvam Kathan; 
5. Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Regent, M. Subramaniam. 
6. Setiausaha DAP Cawangan Desa Dahlia, Senawang, S. Karthiyaini.
Kesemua mereka yang mengaku masih menjadi ahli DAP, sebelum ini telah membuat laporan ke pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung penipuan dalam isu CEC tersebut. - seterusnya
Anda bayangkanlah seorang yang berjawatan Setiausaha Agung DAP seperti Lim Guan Eng DAP yang didakwa sering angkat bakul sendiri dan bermegah-megah dengan diri sendiri kononnya C.A.T tetapi permasalahan parti sendiri dilihat gagal diselesaikan dengan baik.

Selain daripada itu, jika Lim Guan Eng DAP begitu cepat mengeluarkan kenyataan sidang akhbar dalam blog beliau tentang perkara-perkara lain tetapi malangnya, beliau seperti cuba menyembunyikan nanah dan pekung dalam parti sendiri tanpa penjelasan beliau sebagai Setiausaha Agung DAP.

Dan keengganan Guan Eng DAP untuk menulis satu kenyataan sidang akhbar ini mengingatkan kita kepada isu kalimah Allah yang dicetuskan oleh anak Kit Siang dan membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Tetapi MiM sedang menanti jika anak Lim Kit Siang DAP akan memberi respons yang cepat jika berlaku perkara yang sama di dalam BN. Kita tunggu dan lihat sama ada beliau akan mengaitkannya dengan DS Najib Razak.

Selain daripada perletakkan jawatan kepimpinan DAP, parti itu juga berdepan dengan siasatan ROS kerana kesilapan mengira undi semasa pemilihan CEC DAP baru-baru ini. KLIK SINI


Yang paling memalukan dan boleh menjatuhkan maruah Lim Guan Eng DAP ialah dakwaan 753 perwakilan parti itu tidak menerima surat jemputan untuk menghadiri Kongres Kebangsaan ke-16 parti itu, sekali gus gagal mengundi bagi memilih Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember lalu.

Seperti yang rakyat Pulau Pinang tahu, integriti Lim Guan Eng DAP semakin dipersoalkan dengan banyaknya permasalahan besar di dalam parti beliau sendiri. Begitu juga dengan masaalah skandal projek beliau di Pulau Pinang yang melibatkan berbillion ringgit wang rakyat.

MiM percaya rakyat terutamanya kaum Cina sudah mula sedar dengan masaalah dan ketidakmampuan untuk memegang jawatan beliau. PRU13 adalah ketikanya untuk menolak pemimpin yang Cocky, Arrogant dan Tidak boleh dipercayai.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat