TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, June 24, 2016

TMJ Nasihatkan bahawa pemimpin pengecut paling bahaya!!! Sambil menekankan pentingnya integriti dalam kepimpinan.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan bahawa pemimpin yang pengecut adalah paling bahaya sekali, sambil menekankan tentang pentingnya integriti dalam kepimpinan.

Tunku Ismail berkata nenda baginda - Almarhum Sultan Iskandar - selalu berpesan bahawa sifat kepimpinan yang paling agung adalah integriti, yang menurut baginda, semakin sukar dijumpai.

"Baginda juga berpesan bahawa seorang pemimpin yang pengecut merupakan manusia yang paling bahaya sekali, dan salah satu ujian dalam kepimpinan adalah untuk mengenal pasti sesuatu masalah sebelum ianya menjadi darurat.

"Baginda juga mendidik saya bahawa pemimpin yang hebat memperoleh kekuatan untuk mencapai visinya daripada semangat yang kental dan bukannya daripada jawatan atau kedudukannya," tegas baginda dalam Facebook Johor Southern Tigers.

Tunku Ismail bertitah bahawa baginda bersyukur kerana telah dibesarkan dan dididik oleh dua pemimpin yang unggul, iaitu Almarhum Sultan Iskandar dan ayahanda baginda Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail bertitah, nasihat baginda kepada semua pemimpin dalam setiap sektor kerajaan, NGO dan organisasi di Johor adalah supaya memberikan inspirasi dan memimpin segenap lapisan rakyat.

"Jangan cuba memanipulasi dan menguruskan orang. Inventori barangan boleh diuruskan, tetapi rakyat harus dipimpin melalui tauladan dan dengan berintegriti.

"Ingatlah bahawa kunci kepimpinan yang cemerlang pada hari ini adalah dengan mempunyai pengaruh, bukannya dengan menunjukkan kuasa.

"Tiada maknanya jika anda mempunyai kuasa tetapi tidak mampu mempengaruhi rakyat secara positif. Sekiranya anda mempunyai kuasa tetapi tidak mampu mempengaruhi rakyat secara positif, itu petanda yang anda tidak layak menjadi seorang pemimpin," titah baginda.

Tunku Ismail juga bertitah nampaknya apa yang baginda katakan sering membuatkan ramai orang melenting.

"Oleh itu, saya hanya bercakap dalam konteks Negeri Johor yang dekat di hati saya," titah baginda lagi.

Tuesday, June 21, 2016

Protokol Kolonel Kehormat - Institusi Raja-raja Melayu .

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pihak bertanggungjawab terhadap pertahanan negara Malaysia dan ianya meliputi tiga cabang utama iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kesemua sembilan orang Raja Raja Melayu menggalas jawatan sebagai Kolonel Yang Dipertua dalam sesuatu Rejimen
ataupun Kor ATM. Dalam entri kali ini, kami akan berkongsi tentang jawatan jawatan yang sedang disandang oleh Raja Raja
Melayu.

“Kolonel Yang Dipertua adalah satu tugas khusus yang ditanggung oleh kesemua sembilan orang Raja Raja Melayu keatas semua rejimen atau kor dalam ATM yang telah mendapat panji panji diraja termasukTLDM dan TUDM.

Untuk TLDM ianya dikenali sebagai Kepten Yang Dipertua. Kor/Rejimen yang belum menerima panji panji diraja tetapi mempunyai Kolonel Yang Dipertua ialah Rejimen Gerakhas Malaysia tetapi ianya dikenali sebagai Kolonel Komandan….”

Sultan Johor
DYMM Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar
* Kol Komandan Rejimen Gerak Khas

Sultan Kedah
KDYMM Al Sultan Almutasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
* Kol Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja
* Kol Yang Dipertua Kor Perkhidmatan Diraja

Sultan Selangor
DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah
* Kepten Yang Dipertua TLDM

Sultan Kelantan
KDYMM Sultan Muhammad V
* Kol Yang Dipertua Rejimen Artileri Diraja
* Kol Yang Dipertua Kor Risik Diraja

Raja Perlis
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
* Kol Yang Dipertua Rejimen Renjer Diraja
* Kol Yang Dipertua Kor Polis Tentera Diraja

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
* Kol Yang Dipertua Rejimen Semboyan Diraja
* Kol Yang Dipertua Kor Jurutera Letrik Dan Jentera Diraja

Sultan Terengganu
KDYMM Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Muhamad Al Mukhtafi Billah Shah
* Kol Yang Dipertua Kor Armor Diraja
* Kol Yang Dipertua Kor Ordinans Diraja

Sultan Pahang
KDYMM Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Almustain Billah ibni Almarhum sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Muadzam Shah
* Kol Yang Dipertua TUDM

#SumberAmarYusof

#KasimMy

Cawangan Ringger Payung Terjun.

Cawangan Ringger ini adalah satu-satunya yang terdapat didalam Angkatan Tentera Malaysia. Cawangan ini bertanggungjawab memperolehi kepakaran melipat, menyenggara, membaiki dan menyimpan payung-payung terjun dan peralatan bersangkutan untuk semua jenis penerjunan di dalam Tentera Darat. Kepakaran pada setiap individu anggota di cawangan ini menambahkan keyakinan setiap bakal penerjun. Fungsi utama cawangan ini ialah menyediakan payung dalam semua bentuk penerjunan samada penerjunan latihan mahupan penerjunan di dalam peperangan konvensional meliputi darat, laut dan udara. Cawangan ini juga berkemampuan memperbaiki payung-payung yang rosak dan membuat ubahsuaian kepada payung-payung yang difikirkan kurang memuaskan di dalam penggunaanya.

Sesuatu organisasi yang mempunyai kepakaran dalam bidang payung terjun harus turut mempunyai kepakaran ‘rigging’ (melipat) . Memandangkan ini, pada tahun 1971, dua orang anggota Rejimen Gerak Khas telah terpilih untuk menjalani Kursus Asas Para Rigger di Australia.

Anggota pertama
Mereka ialah 202628 Sarjan Ong Shu Cheh (bersara Pegawai Waren Dua) dan 650472 Sarjan Hanif bin Said (bersara Pegawai Waren dua). Sekembalinya mereka ke tanah air, mereka telah ditempatkan di Cawangan Rigger Rejimen Pertama Gerak Khas Malaysia.  Anggota-anggota ini disamping membuat tugas-tugas pentadbiran,turut menjalani kursus sambil belajar. Pada penghujung tahun 1972, payung-payung terjun yang baru telah dikirimkan melalui bantuan dari negara Australia memalui skim bantuan ketenteraan.

Pada mulanya cawangan ini diletak di bawah Cawangan Payung Terjun untuk melicinkan pentadbiran. Menjelang tahun 1980 cawangan ini  diasingkan dari Cawangan Payung Terjun dan telah dipertanggungjawabkan melaksanakan tugas secara persendirian.  Kursus-kursus peringkat awal pada keseluruhanya telah dijalankan di luar negeri. Sehingga kini lebih 40 orang anggota Rigger telah menjalani latihan teknikal di Australia dan Amerika Syarikat. Mejar Shukur bin Nasaruddin (420035) (bersara pada thun 1991) merupakan Ketua Cawangan Rigger yang pertama. Cogankata  cawangan ini adalah “Utamakan Keselamatan”.

Sepanjang penubuhan Cawangan Rigger cawangan ini telah diterajui oleh 4  orang Pegawai sebagai Ketua Cawangan dan 4 orang Pegawai Waren sebagai SSM , mereka-mereka ini adalah berkelayakkan kepakaran sebagai anggota Rigger dan berpengalaman luas di dalam bidang melipat payung.

Monday, June 20, 2016

PENDIRIAN TUN DR MAHATHIR.

1. Mereka bertanya apakah pendirian saya setelah mereka menang.

2. Pendirian saya tidak berubah. Mungkin ia menjadi lebih keras.

3. Saya tidak mungkin sokong perbuatan salah guna kuasa seperti menubuh dana kekayaan negara dengan berhutang; pengurusan dana ini sehingga rugi berbillion-billion; pembelian oleh 1MDB tanah Kerajaan bernilai 3000 RM pada harga RM 60 skp; Penglibatan Jho Low dalam pengurusan 1MDB; pemindahan bermillion dollar Amerika kepada syarikat milik Jho Low; pengakuan Najib bahawa adalah benar wang sebanyak 2.6 billion Ringgit ada dalam akaun peribadinya; kegagalan Najib menjelas dari mana datangnya wang ini; kehilangan berbillion Ringgit wang 1MDB; pemindahan beban bayaran hutang 1MDB kepada Kerajaan.

4. Saya juga tidak mungkin sokong penyalahgunaan kuasa oleh Najib dengan menangkap, memasukkan dalam tahanan, menuduh dengan mengguna undang-undang yang salah iatu undang-undang anti-terrorist yang kemudian ditukar kepada undang-undang mensabotaj ekonomi kononnya, membuang A.G. supaya dapat diganti dengan A.G. yang sanggup berbohong dan berselindung di belakang OSA.

5. Saya tidak dapat terima seorang Perdana Menteri yang menjatuhkan maruah bangsa dan negara setelah akhbar dan TV seluruh dunia menyiar dengan terang dan bukti yang jelas akan salah laku Najib berkenaan duit 1MDB; institusi-institusi Kerajaan di Switzerland, Singapura mendakwa berkenaan kesalahan 1MDB pimpinan Dato Seri Najib dalam pengurusan wang 1MDB; pembayaran berbillion Ringgit kepada syarikat palsu, yang menyebabkan 1MDB disaman oleh badan milik Kerajaan Abu Dhabi supaya dibayar gantinya sebanyak RM 20 billion lebih.

6. Saya tidak dapat terima Najib yang berpegang kepada konsep “Cash is King”, Wang Tunai itu Raja – iaitu mengamal rasuah sebagai prinsip politiknya.

7. Kemenangan luar biasa BN dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas dihasilkan dari pemberian wang dan barang-barang kepada pengundi. Perbuatan ini dilihat oleh orang ramai. Tidak ada perasaan segan silu atau malu apabila membuat penipuan untuk mendapat kemenangan.

8. Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut contoh yang ditunjuk oleh pemimpin.

9. Mereka yang bertanya akan pendirian saya perlu bertanya diri sendiri apakah maruah kamu sudah tidak ada lagi sehingga sanggup berbangga dengan kemenangan hasil penipuan, hasil rasuah yang terbuka dan salah guna kuasa yang ketara.

10. Bagi saya usaha untuk membersih Kerajaan Malaysia akan saya teruskan dengan apa cara sekalipun.

Kabinet patut dipertanggungjawabkan atas masaalah 1MDB??? Ku Li !!!

Keseluruhan Kabinet patut dipertanggungjawabkan atas masalah yang dihadapi syarikat 1Malaysia Development Berhad, kata veteran Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini, dan menambah beban itu bukan di bahu perdana menteri seorang saja.

Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata jika ahli Kabinet tidak sedar mengenai isu 1MDB, mereka sepatutnya membuat siasatan, bukannya menuding jari ke arah orang lain.

“Semua di sana (dalam Kabinet) perlu bertanggungjawab secara kolektif terhadap masalah itu. Anda tidak boleh kata ia bukan masalah anda, bukan masalah saya,” kata bekas menteri kewangan itu kepada wartawan ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

“Selagi anda anggota Kabinet, sama ada anda tahu atau tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam kerajaan, anda sama dan turut bertanggungjawab,” katanya.

Tengku Razaleigh hari ini berkata tidak sewajarnya ahli Kabinet dakwa tidak tahu mengenai skandal itu, memandangkan sudah ramai yang bercakap mengenai 1MDB.

“Orang lain tahu, bagaimana ahli Kabinet tidak tahu? Sibuk dengan perkara lain?,” katanya yang juga ahli Parlimen Gua Musang.

Bagaimanapun, beliau enggan berkongsi pandangannya berhubung syarikat yang sedang sarat menanggung hutang itu, berkata beliau harap untuk mendapatkan “gambaran keseluruhan” terlebih dulu.
Katanya, 1MDB menjadi “buah mulut kerana ada sesuatu yang di luar kebiasaan dan di ambang penipuan”, tetapi menambah beliau akan menunggu sehingga laporan rasmi dikeluarkan.

“Kita hanya bergantung pada maklumat yang keluar cebisan demi cebisan daripada pelbagai sumber.

“Jadi mari kita lihat keseluruhan gambar. Pada masa ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga sedang menyusun untuk bagaimana melihat masalah ini,” katanya

Jawatankuasa dwi parti itu memulakan prosidingnya mengenai perkara itu pada Selasa lalu, selepas memutuskan untuk tidak menunggu siasatan ketua audit negara disiapkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan ketua audit negara menjalankan siasatan dan menyerahkan hasilnya kepada PAC untuk ketelusan. Tetapi, kritikan yang semakin banyak dan pendedahan dalam laman web Sarawak Report mendorong PAC memulakan pendengarannya lebih awal.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka mengkritik cara kerajaan mengendalikan isu itu, dan berkata beliau sendiri tidak tahu bagaimana hendak memberi penjelasan kepada rakyat mengenai masalah 1MDB, yang menanggung RM42 bilion hutang dalam hanya 6 tahun beroperasi.

Sunday, June 19, 2016

UCAPAN SELAMAT HARI BAPA DARI DYMM SULTAN JOHOR

Hari ini, 19hb Jun 2016, adalah Hari Bapa.
Kepada semua para bapa yang cekal berusaha mencari rezeki untuk keluarga masing-masing, saya sanjungi anda serta ketekunan dan segala pengorbanan yang anda lakukan.

Saya juga, sebagai seorang bapa, sangat mengerti bahawa tanggungjawab kita sebagai bapa adalah peranan paling penting dalam kehidupan kita kerana anak-anak kita menjadikan kita, bapa mereka, sebagai contoh, dan gaya mereka mencorakkan kehidupan mereka mencerminkan pengaruh dan perlakuan kita.

Semoga anda sentiasa memberi contoh yang baik buat anak-anak anda, dan kekal berada di samping mereka pada ketika mereka amat memerlukan anda. Selamat Hari Bapa saya ucapkan kepada semua para bapa sekalian.

SUMBER : SULTAN JOHOR OFFICIAL

Saturday, June 18, 2016

Mahkamah Tinggi membenarkan saman Nurul Izzah Anwar terhadap Ketua Polis Negara dan Menteri Kenajuan Luar Bandar dan Wilayah!!!

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membatalkan saman fitnah difailkan terhadap mereka oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Hakim Datuk John Louis O'Hara, semasa menolak permohonan itu berkata, mahkamah berpandangan bahawa saman itu patut dibenarkan untuk menjalani perbicaraan penuh, dan menetapkan 8 Mei, 2017, bagi perbicaraan.

Beliau turut menasihati kedua-dua pihak mempertimbangkan untuk menyelesaikan saman itu menerusi mediasi dan menetapkan 18 Julai bagi pengurusan kes untuk kedua-dua pihak berbincang berhubung usaha mediasi.

Nurul Izzah, yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, memfailkan saman itu pada 26 November tahun lepas mendakwaKhalid mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya pada sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman pada hari sama.

Beliau turut mendakwa Ismail Sabri telah mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya pada hari sama dalam satu acara di Bera, Pahang.

O'Hara memutuskan saman Nurul Izzah memberikan alasan munasabah untuk diambil tindakan, tidak bersifat semberono, remeh-temeh, skandal dan menyalahguna proses mahkamah.

Hakim mengarahkan kedua-dua defendan, Khalid dan Ismail Sabri, masing-masing membayar RM2,500 sebagai kos perundangan kepada Nurul Izzah.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah berkata kenyataan itu dibuat oleh Khalid dan Ismail Sabri beberapa hari selepas tersiarnya gambar beliau bersama-sama Jacel Kiram, anak perempuan Jamalulail Kiram, yang didakwa mengarahkan serangan dan pencerobohan Sabah pada 2013.

Beliau mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau ialah seorang pengkhianat kepada negara dan dalang insiden pencerobohan Sabah.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat