TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, October 25, 2016

Sukhoi SU-30MKM membuat latihan penerbangan punca misteri gegaran bunyi letupan bom yang kuat?

KUALA TERENGGANU: Misteri gegaran seperti bunyi letupan bom yang kuat kira-kira satu atau dua saat hingga menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk di negeri ini petang kelmarin terungkai apabila Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan bunyi itu dikeluarkan pesawat Sukhoi SU-30 MKM.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, bunyi bising itu dikeluarkan pesawat Sukhoi yang diuji pandu di ruang udara.

Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Mejar Zulkiflee Abdul Latiff, berkata pesawat yang terbang pada ketinggian 36,000 kaki ke atas dari aras laut itu sedang mengadakan latihan penerbangan bagi persiapan rapi sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima 07).

Beliau berkata, pesawat itu membuat latihan bermula kelmarin hingga berlangsungnya Lima 07 yang bakal bermula 4 Disember ini.

Katanya, pesawat itu akan terbang melebihi had laju bunyi (supersonic) yang menghasilkan dentuman bunyi (sonic boom) kuat di udara.

"Orang ramai diminta tidak terkejut atau cemas berikutan bunyi bising yang dikeluarkan pesawat yang terbang di ruang udara.

"TUDM akan menjalankan tugas latihan penerbangan ini dalam memastikan kepentingan negara terpelihara, dihormati dan disegani sempena Lima 07," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan bandar Kuala Terengganu dikejutkan dengan gegaran seperti bunyi letupan bom kira-kira jam 4 petang.

Dentuman yang turut menghasilkan gegaran selama kira-kira satu hingga dua saat itu mengejutkan sebahagian pengunjung pusat beli-belah di negeri ini dan difahamkan turut dirasai hingga ke Kemaman, Marang, Dungun dan Besut.

Tinjauan di beberapa lokasi di sini juga mendapati penduduk yang ditemui merasai gegaran selepas letupan walaupun singkat.

Malah, beberapa penduduk yang ditemui menyifatkan bunyi yang mereka dengar dan gegaran yang dirasai seperti bunyi bom dari dasar laut.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat