TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, September 11, 2016

Terkini: Kisah benar, Tekanan darah tinggi selama 5 jam petunjuk dari Ilahi.

KUALA LUMPUR, 11 Sept — Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengakui sangat tertekan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sewaktu menjadi menteri kewangan kedua.

Tekanan darah beliau naik mendadak selama lima jam pada awal April kerana begitu tertekan dengan urusan kerja sebelum meletakkan jawatan pada hujung Jun lalu, lapor Sinar Harian.

“Sudah beberapa bulan saya stres sebab 1MDB. Saya anggap tekanan darah tinggi selama lima jam datang dari petunjuk Ilahi bagi saya menilai di mana saya harus berada.

“Ada kala saya terasa, bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini. Saya bertanya, adakah patut saya terus berada dalam kabinet atau tidak?”

“Saya membuat penilaian satu persatu dari sudut tubuh, minda, hati dan kerohanian, sejauh mana tertekan dengan permasalahan 1MDB?” katanya, yang melepaskan jawatan mendadak pada 27 Jun, dalam wawancara dengan akhbar itu.

Walau tidak menyatakan dengan jelas masalahnya ketika mengendali isu tersebut, Husni meluahkan tidak setuju dengan cara ia dikendalikan oleh pemimpin negara.

Namun beliau menyebut ada pemimpin yang “hipokrit” mengendalikan isu berkaitan rasuah.

Beliau "dihentam" apabila cuba membentangkan langkah pembaikan sewaktu indeks tanggapan rasuah (CPI) Transparency International negara ini makin merosot. 

Beliau merancang meninggalkan kabinet sejak Januari lagi, tambahnya, tetapi membatalkan niat awalnya kerana “tidak tergamak” berbuat demikian.

Namun tekad Husni untuk berundur menjadi lebih kuat setelah mendengar kata-kata seorang pegawai kanan kerajaan yang berjaya membuka matanya untuk tidak lagi dibayangi masalah 1MDB.

“Pada hari Sabtu [selepas tekanan darah meningkat], saya terbang ke Laos bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan Asean. Tengah hari, saya tidak berapa sihat.

“Saya beritahu pegawai-pegawai, saya tidak mampu untuk hadir ke mesyuarat sebelah petang.

“Seorang pegawai kanan Bank Negara berkata ‘semua orang tahu Datuk Seri tidak terlibat dengan urusan 1MDB. Mengapa Datuk Seri tertekan dengan isu 1MDB?’

“Kata-kata itu membuka hati saya harus pisahkan antara kerja, perkara yang tidak melibatkan saya dan keadaan diri. Fikiran saya terasa lega.

“1MDB tidak lagi mengganggu minda dan hati saya,” ahli parlimen Tambun dipetik berkata.

Husni juga mendedah, walaupun memegang jawatan menteri kewangan kedua, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang penubuhan 1MDB pada 2009.

Namun, apabila kontroversi syarikat pelaburan itu memuncak pada 2015, beliau ditugas menyediakan jalan penyelesaian hutang 1MDB yang begitu tinggi dengan aliran tunainya yang negatif.

Peletakan jawatan Husni secara mendadak, sejurus sebelum Najib mengumumkan rombakan kabinet, menimbulkan tanda tanya dan spekulasi.

Beliau juga meletakkan kesemua jawatannya dalam Umno di peringkat pusat, negeri dan bahagian dan hanya kekal sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Pada waktu itu Husni menafikan pengundurannya ada kaitan dengan syarikat kontroversi itu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat