TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, May 22, 2016

Isu Najib Dan Deklarasi Rakyat @ Selamatkan Malaysia Langkawi

Semalam berlangsung Majlis Selamatkan Malaysia Langkawi yang diberi sambutan hangat oleh rakyat tempatan. Lebih 3 ribu memenuhi dewan untuk bersama2 Tun Mahathir, Mukhriz, Khairuddin, Anina, Peguam Hanif Khatri dan Akhramsyah.

Saya ingin kongsikan video ucapan Peguam Hanif Khatri terlebih dahulu kerana ini kali pertama kita mendengar pandangan dari sudut undang2 mengenai kes berkaitan Najib dan mengenai Deklarasi Rakyat.

Sudah tentu itu merupakan pandangan beliau selaku seorang peguam. Dari segi logiknya pun, pandangan beliau tidak lari jauh dengan apa yang kita selama ini duk perkatakan.

Hujah kita kuat baik bersandarkan fakta kes maupun bersandarkan kelakuan Najib sendiri dalam menangani kes2 yang sedang disiasat yang menunjukkan sepertinya kelakuan seorang yang bersalah, yang berusaha menggunakan pengaruh dan kuasanya untuk menganggu siasatan.

Saya potong dua segmen pendek untuk dikongsikan melalui watsapp dan FB, juga video penuh ( durasi 16 minit )

Tindakan Najib Tidak Masuk Akal Bagi Seorang Yang Tidak Bersalah - Peguam Hanif Khatri

Kenapakah dikatakan sudah tiba masanya bahawa kita tidak boleh terima penjelasan yang diberikan ( oleh Najib ) ?

Contoh yang diberikan - Seorang pemandu yang lari bila ditahan roadblock Polis dan kemudian ditemui ganja dalam bonet. Mahkamah boleh mengambilkira perbuatannya melarikan diri itu sebagai menunjukkan dia bersalah. Apajua alasan yang diberikan hanya akan didengari di mahkamah.

Dalam kes Najib, apabila dikatakan kepada PM bahawa ini tuduhan orang, ini tuduhan orang .. sila jawab. Apa yang dia buat ? Dia buang TPM, dia buang DS Shafie Apdal bukan setakat itu. Pada masa itu siasatan telah dimulakan oleh pihak Peguam Negara, Gani Patail apa yang dia buat ? Dia telah pun memberhentikan perkhidmatan Gani Patail yang tugas utamanya adalah untuk menyiasat, dan menggantikannya dengan satu lagi peguam negara lain dalam tempoh 69 hari sebelum Gani Patail sepatutnya bersara.

Soalan saya sekarang ini - Adakah 3 perkara yang dilakukan oleh PM tersebut satu perkara yang masuk akal sekiranya dia tak bersalah ?

Kemudian orang kata - mana buktinya kata dia bersalah ? Soalan saya - Macamana kita nak ada bukti kalau orang disiasat telah dilumpuhkan siasatannya ! ?

Polis, SPRM, Bank Negara adakah mereka dibenarkan untuk menyiasat ? Bacalah laporan2 yang telah sedia ada di mana kita tahu rungutan2 pegawai2 ketiga2 agensi ini yang sanggup bekerja demi rakyat memberi keluhan macamana mereka diganggu. Jadi macamana kita nak dapat bukti ?

Kenapa diminta bukti sedangkan pihak yang boleh cari bukti sendiri tidak dibenarkan mencari bukti ?

Soalan ketiga - Najib kata dia dipilih oleh rakyat .... mestilah sebagai Perdana Menteri dia boleh buat apa yang dia nak. Disitulah kita patut fikir balik.

Negara kita berpandukan perlembagaan dan undang2. Termasuklah kuasa PM. PM adalah orang yang menerajui kerajaan tapi dia tidak boleh menjalankan kuasanya dengan menyalahi perlembagaan dan undang2.

Raja2 juga ada halangan2 di dalam Perlembagaan. Mereka ada mahkamah khas sekiranya Raja  perlu dibawa ke mahkamah. Apatah lagi Perdana Menteri !

Makanya rakyat perlu menatapi, menghayati dan memahami Deklarasi Rakyat. Kerana Deklarasi Rakyat adalah satu cara sah dan cara yang mengikut undang2 untuk menyampaikan hasrat rakyat apabila seluruh konsep keadilan lain telah nampak seolah2 telah dibendung.

Mahkamah mempunyai konsep2 dan prinsip2 yang jelas. Sekiranya kita bawa pertikaian di mahkamah, mahkamah bertanggungjawab untuk menjawap pertikaian tersebut.

Kalau pihak Polis, SPRM dan Bank Negara dilumpuhkan, disitulah wujudnya keperluan rakyat seperti yang ada di sini untuk memulakan tindakan sivil di mahkamah. Itulah yang dilakukan oleh Anina, Tun, Mukhriz dan Khairuddin.

Agong Boleh Bertindak Berdasarkan Sumpah Perdana Menteri

Bolehkah dari segi undang2 dan perlembagaan rakyat menjatuhkan Perdana Menteri ? Sebenarnya kan, soalan itu salah, Soalan yang sebenarnya ialah ( yang sepatutnya kita tanya )  - Apakah hak rakyat dalam isu kedudukan Perdana Menteri ?

Kita bukan melalui Deklarasi Rakyat, ingin menjatuhkan kerajaan, tidak ... apa yang diminta dalam Deklarasi Rakyat adalah untuk DS Najib turun sebagai PM. Tidak ada dalam mana2 dalam Deklarasi Rakyat,  Tun atau rakan2 seperjuangan, minta untuk gulingkan kerajaan. Tidak ada.  Itu adalah tohmahan sebelah sana !

Dan untuk PM turun, tidak ada halangan dari segi Perlembagaan. Kalau rakyat dah suarakan pelbagai masalah yang dihadapi, maka sepatutnya DS Najib undurlah sebagai PM.

Jangan kita lupa bagaimana DS Najib mula2 menjadi PM. Bukankah dia menjadi PM selepas Pak Lah diturunkan ? Kalau DS Najib mengatakan bahawa, untuk memaksa dia turun sebagai PM adalah salah di sisi Perlembagaan, maka dia patut serah balik kerusi PM kepada Pak Lah. Sebab dia naik jadi PM secara salah !

Soalan terakhir, apakah kuasa Agong dan Majlis Raja2 ? Sebenarnya satu perkara yang perlu disentuh adalah, Perdana Menteri mengangkat sumpah di hadapan Agong. Sumpah yang di angkat adalah sumpah untuk melaksanakan dan memelihara undang2 serta perlembagaan.

Sumpah ini bukan permainan. Contoh seperti sumpah di mahkamah ... kita boleh diambil tindakan undang2 kalau kita beri keterangan palsu. Dalam afidavit, surat sumpah depan Pesuruhjaya Sumpah, pun sama.

Jadi, kenapakah sumpah yang diangkat di hadapan Agong tidak boleh dilaksanakan oleh Agong ? Tidak ada halangan dari segi Perlembagaan.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat