Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sendiri akan menyerahkan 1.27 juta tandatangan yang berjaya dikumpul dari seluruh negara menerusi Deklarasi Rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong.
Ujarnya, beliau kini sedang mendapatkan perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh mantan Presiden UMNO itu bertujuan untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada jawatan Perdana Menteri.
Ujar Tun Mahathir lagi, pihaknya berjaya mengumpul 1.07 tandatangan menerusi atas talian manakala bakinya sebanyak 200,000 lagi dikumpul menerusi pengedaran borang secara fizikal.
Selain itu, sebanyak 50,000 lagi direkodkan di laman alternatif Change.org.
“Kami bukan hanya terima saja. Kami periksa setiap nama, tandatangan dan kad pengenalan.
“(Terdapat juga) sesetengah borang di atas talian, yang tidak diisi dengan betul. Kami rasa ini mungkin tidak asli. Kami tolak 253,000 borang yang kami fikir tidak asli.
“Bila saya sebut 1.27 juta tandatangan, ini yang telah disemak dan ada di sini,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.