Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Thursday, April 28, 2016

Terkini: Arul Kandasamy akui 1MDB berlaku Penipuan kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad?

KUALA LUMPUR: Penipuan yang dilaporkan oleh media cetak dan elektronik di seluruh dunia mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah diakui benar oleh Presiden syarikat itu, Arul Kanda Kandasamy, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ujarnya, walaupun Arul Kanda akan cuba untuk membetulkan yang salah, tetapi benang basah sukar ditegakkan selepas pengakuan yang dibuat oleh Pengarah Eksekutif 1MDB itu.

“Adalah lebih baik Arul cerita semua, berkenaan juruaudit dibuang, USD1 bilion dilabur dalam kerjasama 1MDB dan Petro Saudi tanpa kelulusan pengarahnya, tanpa pemeriksaan ‘due diligence’ dan kemudian dibubar tetapi modal tidak dikembali kepada 1MDB, sebaliknya diberi pinjam kepada Petro Saudi dan beberapa isu lain.

“Banyak lagi pengakuan yang boleh dibuat oleh Arul, oleh pengerusi jawatankuasa penasihat, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara dan jangan lupa Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang begitu berani bertindak sendiri meminjam dan melabur berbillion Ringgit dan USD bagi pihak 1MDB tanpa kebenaran, tanpa kelulusan badan pengarah dan orang atasan.

“Sesungguhnya, negara Malaysia tidak pernah melihat skandal yang sebegitu besar seperti skandal 1MDB. Rakyat yang sukar memahami berapa besarkan satu juta, sekarang cuba menggambarkan banyak manakah satu billion dan 42 bilion,”katanya menerusi catatan terbaharu di laman blognya, chedet.cc.

Katanya lagi, rakyat menjadi keliru dengan cerita wang yang begitu banyak yang merata ke semua pelusuk dunia yang akhirnya berada di dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada masa yang sama, bekas Presiden UMNO itu turut menyindir dengan mengatakan bahawa skandal berkenaan 1MDB boleh dijadikan filem.

“Satu filem drama boleh dibuat berkenaan 1MDB dan tokoh-tokoh serta lokasi diseluruh dunia yang terlibat. Red Granite (milik anak tiri Perdana Menteri) boleh melabur dan beberapa tokoh terkenal boleh jadi pelakon. Mungkin akan menang (anugerah) Oscar.

“Demikianlah cerita 1MDB yang berjaya memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia. Akan lebih ramailah pelancong yang akan datang ke negara 1MDB,” sindir beliau.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat