Proton bermasalah apabila EON ditukarkan kepada Proton Edar dan diserahkan kepada Khazanah Nasional. Keduanya apabila kerajaan pada masa itu 'menyingkirkan' Tan Sri Tengku Mahaleel Arif selaku CEO Proton yg telahpun membuat pulangan keuntungan besar dan rizab tunai nilai berbillion ringgit.
Apa salahnya kerajaan menyuntik RM 13 Billion buat Proton? Kerajaan juga 'menyelamatkan' MAS dgn suntikan RM 6 Billion melalui KWSP. Kerajaan Amerika Syarikat juga 'menyelamatkan' General Motors dgn pemberian dana ratusan billion USD.
Proton dapat bayar RM 800 juta pinjaman mudah kerajaan menggunakan sumber dalaman syarikat, menjual lebih 4 juta unit kenderaan, membayar RM 24 billion cukai kepada kerajaan, menpunyai 2800 Intellectual Property Rights (IPR), memberi 77,000 peluang pekerjaan dan membuka 400 peluang perniagaan kepada rakyat Malaysia.
Tetapi, hari ini Proton dianggap sebagai bebanan dan bermasalah besar buat pemerintahan kerajaan. Ada menteri-menteri kanan yg memandang rendah dan sinis terhadap Proton seolah-olah menggambarkan mereka tiada semangat pertahankan harta negara. Ironinya, mereka ini juga yg pertahankaannya semasa era Proton gah suatu ketika dahulu.
Proton, its not just about a car.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.