Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memasukkan dua kenyataan menafikan pembabitannya berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion di dalam kes samannya terhadap Harakah dan Harakahdaily.
Keputusan itu dimaklumkan oleh peguam Nur Emilia Mohd Izham yang mewakili Najib selepas kes disebut di dalam kamar Hakim Datuk Hue Siew Kheng.
Menurutnya, Hakim Hue membuat keputusan itu selepas mendapati dua kenyataan itu tidak mempunyai kaitan dengan artikel yang didakwa memfitnah itu.
Selain itu, mahkamah juga mendapati mereka lewat mengemukakan permohonan itu.
Harakah dan Harakahdaily diwakili peguam Wan Rohimi Wan Daud.
Dua kenyataan yang mahu dimasukkan adalah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara yang menyatakan Najib tidak terbabit dalam salah laku berhubung 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion tiada kaitan dengan syarikat itu.
Najib memfailkan saman itu pada 18 Mac tahun lalu, dengan menamakan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Harakahdaily Taufek Yahya, sebagai defendan pertama dan kedua.
- Harian Metro
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.