IMPIAN GHAIB - PART 1 : KERETAPI
(Oleh Sahabat Shahpaskal)
1. Kita tinggalkan pasal Wan-Emdibi, Proton dan setarafnya. Biarlah yang arif pasalnya dan yang punya poket tebal berbilion2 sahaja yang mampu selesaikannya.Insha Allah masih ada cahaya di hujung terowong sana..
2. Jom kita tinjau-tinjau beberapa impian kalangan ghaib terutama dari moyang2 kita iaitu Sultan Abdul Samad (SAS) selaku pemerintah ghaib Malaysia dan juga seorang lagi (Hj Sharif Hidayatullah, HSH) di Jawa yang merupakan Penghulu Ghaib se-Nusantatra. Sejauh manakah impian ini boleh dikotakan, biarlah Yang Esa menentukannya. Cuma lazimnya, mereka-mereka ni tak bercakap perkara yang mustahil lagi jauh digapai.
3. Kali ni kita cerita pasal keretapi. Sekurang-kurangnya benda ni dah dapat perhatian mereka, sama seperti jalinan landasan keretapi milik KTM yang siap di awal 1900 dahulu. Begitu juga Putrajaya. Sebenarnya Putrajaya tu juga sebahagian impian SAS yang mana ilhamnya diperturunkan kepada PM waktu itu (Tun M). Konsep serta corak dan susun atur binaannyalah yang diilhamkan Allah SWT ke minda pemimpin kita tu setelah golongan ini bermunajat.
4. Tu pasal juga bagi yang mempunyai kelebihan melihat alam depa ni, sebenarnya ada banyak rahsia kat Putrajaya tu. Umpamanya ada berlian biru sebesar bola pingpong berlegar kat Masjid Putra tu yang mana asalnya di Masjid Jamik dan kemudian kat Masjid Negara lalu kini di Putrajaya - Lambang Daulah. Saya dah jumpa beberapa orang berilmu yang tak pernah saya kenal sebelumnya membicarakan benda yang sama.
TERINGAT MASA-MASA KECIK.
5. Bab keretapi ni, ia banyak meninggalkan kenangan buat saya. Dari kecil saya membesar dengan keretapi. Sempatlah naik keretapi wap pakai arang-batu. Jalan sikit, mulalah terkentut pasal kena buang wap airnya kat tepi rodanya. Sesiapa yang berdiri kat tepi mesti kena sembur wap putih ni.. Berpeluhlah.
6. Selepas tu, guna enjin diesel dan kini ke era keretapi laju. Saya suka tengok sorang peminat tegar keretapi. Banyak informasi pasalnya kat blog beliau.
Sila lawatinya... (https://blogkaryait.wordpress.com/2011/05/26/cadangan-untuk-sistem-kereta-api-negara-kita-sekadar-cadangan-final/#comment-937
7. Masa sekolah menengah, saya berulang-alik naik keretapi. Pagi naiknya jam 5.45, sampai kat bandar (sekolah) jam 6.45 pagi. Tambangnya pakai kad tambang ikut penggal. Sepenggal RM50.00. Balik pulak jam 2.30 petang dan sampai sejam kemudian. Time tu tak ada aircond, semua pakai kipas je.
8. Paling best naik atas bumbung. Masa keretapi ambil selekoh.. Fuh...! Amazing betul.. Tapi bila enjinnya ‘press’ minyak, habis berjelaga muka dan baju kena asapnya.
9. Train pagi ni ramai penumpang yang menjadi peraih dan pemborong barang2 dari Gua Musang untuk ke Lipis dan Jerantut. Barang2 ni biasanya barang seludup dari Siam (Tumpat) seperti beras seludup, buah-buahan dari pakaian.
Bungkusan barang-barang ni diletaknya merata-rata kat bawah kerusi pasal nak elak kena bayar tambang barang. So, kalau buah2 seperti pauh, dalam gelap2 ni akan jadi rezeki kamilah. Selalunya kami tebuk bungkusnya dan ambil sedikit buah-buah tu untuk makan pagi. Ada juga kena tangkap dengan peraih2 ni tapi setel gitu2 je.. Kami kenal mengenal antara kami.
HARAPAN DARI GHOIB-GHOIB.
10.Berbalik kepada tajuk. Saya sering diaju oleh SAS akan harapannya dalam hal keretapi sebab dialah yang membiayai pembinaan landasan utama KTM dahulu dan British pula adalah kontraktornya. (Nota : Seperti saya ceritakan dulu, bayarannya berupa jongkong2 emas yang memang masih ada tertanam kat di tepi landasandi Klang,Selangor).
11.Memang pemikiran SAS ni agak futuristik. Contohnya, pada pertengahan tahun 2014 dulu beliau dah bagi tau, beliau nak tengok satu sistem keretapi maju dapat dibangunkan kat Malaysia ni. Beliau mintak biarlah menyamai keretapi laju kat Jepun ataupun di Eropah.
12.Beliau ada bagi perinciannya. Landasannya hendaklah banyak berbentuk laluan atas (overhead track), paling kurang 20 kaki (6.0 meter) dari aras tanah.
Katanya dia tak nak ganggu kehidupan rakyat di mana rakyat bebas lalu di bawahnya. Jajaran landasan pulak mudah diluruskan tanpa banyak potong bukit dan timbus menimbus. Malah katanya lagi, jika banjir besar terjadi, landasan ini masih boleh beroperasi dan boleh dibuat tempat berlindung. Tut tut... Akhir tahun 2014 tu memang ada jadi banjir besar...!
13.Katanya, dia suka sistem macam kat Jepun sebab di sana kerap dilanda gempa-bumi menyebabkan tahap keselamatannya tinggi. Kelajuannya hendaklah dalam 180-220 kmj. Dengan kelajuan ini, perjalanan dari mana-mana lokasi seperti ke ibu negara paling lama pun dalam 2 -3 jam sahaja.
14.SAS mintak lebar landasannya diubah dari yang ada sekarang (1.0 meter) kepada 1.4 meter supaya mampu menampung kelajuan lebih tinggi serta memungkinkan saiz koc lebih besar. Landasan standard (1.4 meter) ni dah pasti lebih stabil.
15.Jajaran baru pula adalah dari Putrajaya melalui pinggir Pantai Barat ke selatan (menyamai laluan cadangan keretapi laju KL -Singapura), laluan baru kedua pula bagi laluan K.Lumpur ke Pantai Timur (K.Lumpur - Nilai - Mentakab - Maran - Kuantan - K.T’ganu - Pasir Putih - K.Bahru).
16.SAS ada menyebut landasan sekarang (Perlis - Ipoh - Kuala Lumpur - Gemas - Johor Bahru) hanya perlu dinaik-taraf kepada lebar landasan 1.4 meter dan kosnya boleh diminimunkan. Landasan sedia-ada bagi jajaran Pantai Timur (Gemas - K.Lipis - Gua Musang - Kuala Krai - Tumpat) jugak dinaik-taraf serta diluruskan.
17.Saya diberi tahu oleh beliau (SAS) keseluruhan dalam 1,500 km dengan perbelanjaan (ketika tukaran USD-RM dalam 1.00 : 3.20) setiap km adalah RM 200 (juta). Keseluruhan tempoh pembinaan sekitar 7-8 tahun.
18.Sebagai tambahan, kesemua jaringan keretapi termasuk LRT, MRT dan lain-lainnya di Semenanjung ni diletakkan di bawah satu perbadanan asset di mana ia dipunyai oleh satu yayasan yang tidak meletakkan keuntungan sebagai objektif operasinya. Ia juga hendaklah bebas hutang.
19.SAS ada meletakkan had tambang. Tambangnya ada dua peringkat. Untuk warganegara, tambangnya jangan lebih dari 10 sen setiap km dengan kad pengenalan akan bertindak sebagai kad tambang (macam kad isian-semula TnG kot...), bagi warga asing pulak, katanya terserahlah kepada pentadbir operasi.
TEROWONG SELAT MELAKA
20.HSH pula memberitahu beliau mahu dua tanah bersaudara ni (Sumatera dan Semenanjung Malaysia) hendaklah disambung secara fisikal menggunakan satu terowong dasar laut sama sebijik macam seperti di Selat Inggeris. Beliau (HSH) lebih kepada memberikan petunjuk manakala SAS pula memperincikannya.
21.Saya juga sempat bertanya SAS bagaimana pulak nak bawa kereta dan kenderaan penumpang lain. Dia menjawab, bukankah saya dah beberapa kali lalu terowong Selat Inggeris.. Kereta, bas dan kenderaan ringan lain di sana dibawa menaiki gerabak lalu ditarik oleh lokomotif melalui terowong.
22.Lalu beliau (SAS) menyuruh saya membuka video di internet (youtube) dan mintak saya lihatlah sendiri rakamannya. Nak jadi cerita, kebetulan masa tu saya di luar, lalu saya mintak sifu saya (Shahpaskal) kat ofis untuk buka youtube, tolong cari video yang dinyatakan... Nahh..! Tu dia.. Ada...! Nak tengok, bukalah tajuk Channel Tunnel.
23.Terowongnya disambungkan dengan rangkaian keretapi baru yang ke selatan tu di sempadan N.S - Melaka. Terowong ni timbul di Pulau Rupat (Dumai), Sumatera dan disambungkan ke tanah besar Sumatera menggunakan jambatan.
24.Di tanah besar Sumatera, ia disambung pula kepada jajaran keretapi (pembinaan baru) yang menghubungkan utara Sumatera melalui pinggir pantai timurnya langsung turun ke selatan dan berakhir di Selat Sunda.
25.Malah spesifikasi seperti panjang, lebar dan kedalaman terowong juga ada diceritakan. Ia juga termasuk kos anggaran serta jangkamasa pembinaan. Pendek kata, lengkaplah petunjuknya. Kalau ada mana-mana kengkawan nak betah atau pertikai, silalah bertanya sendiri kepada individu ghaib terbabit. Lepas tu, meh citer kedapatan saudara2 kat sini.
26Insha Allah kita sambung cerita pasal impian mereka kat Part #2 nanti.... Bye.. Bye..
Cadangan untuk sistem kereta api negara kita, sekadar cadangan … final
Sebagaimana yang dijanjikan, artikel ini adalah gerabak terakhir (ke 23) dari tren (siri) masalah kereta api di negara kita. Adakah anda yakin suatu perubahan
positif akan berlaku dalam sistem peng…
blogkaryait.wordpress
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.