Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Sunday, April 24, 2016

1MDB: Laporan Ketua Audit Negara tidak patut jadi rahsia?

SHAH ALAM, Sabtu – Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah meminta Parlimen menarik balik klasifikasi rahsia terhadap Laporan Ketua Audit Negara mengenai, syarikat pelaburan negara yang diselubungi kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, status Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB seharusnya tidak diklasifikasikan sebagai rahsia supaya ahli-ahli Dewan Rakyat boleh memilikinya, begitu juga rakyat jelata.

“Ini dengan sendirinya akan menghapuskan rasa cemas di kalangan orang ramai yang memikirkan mereka tertipu dan tidak berhak untuk mengetahui keadaan sebenar di sebalik satu-satunya skandal kewangan negara yang terbesar,” katanya.

Malah katanya, Perkara 107 (1) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong dan hendaklah laporan itu dibentang di hadapan Dewan Rakyat.

“Perkara 107 (1) tidak menyebut langsung mengenai klasifikasi mana-mana laporan Ketua Audit Negara sebagai rahsia negara,” katanya melalui tulisan di laman Facebooknya hari ini.

Justeru, katanya, semangat di sebalik Perkara 107(1) ini menekankan mengenai pentingnya ketelusan dalam penyebaran maklumat demi memastikan rakyat sentiasa dimaklumkan dengan hal ehwal negara yang perlu diketahui umum.

“Ini bermakna, ahli Dewan Rakyat yang mewakili pengundi berhak dimaklumkan mengenai isi kandungan laporan itu.

“Kita harus maklum bahawa Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang negara tertinggi dan teragung semestinya didukung dengan tegas,” jelas Razaleigh.

Beliau yang juga ahli Parlimen Gua Musang berkata, seruan ini sejajar dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa laporan itu diserahkan kepada Dewan Rakyat untuk pertimbangan.

“Dalam membuat keputusan itu, Perdana Menteri memberi gambaran bahawa tidak ada yang hendak diselindungkan dan sesiapa yang didapati bersalah terpaksalah menghadapi tindakan undang-undang,” ujarnya.

  

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat