TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, March 8, 2016

Terkini: Rahsia Kerajaan!!! YABhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad???

[ARTIKEL TERBAHARU Blog YABhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ]

RAHSIA KERAJAAN (Versi BM)

07 MAC 2016

1. Peguam Negara ingin menghukum mereka-mereka yang membocorkan rahsia Kerajaan dengan merotan dan dipenjara seumur hidup.

2. Ini seperti pemikiran yang primitif dan tidak berunsurkan Islam. Quran berulangkali menyeru umat Islam untuk menghukum dengan adil. Hukuman perlu setimpal dengan kesalahan. Ianya tidak boleh melampau. Menghukum musuh sekalipun, perlunya hukuman yang adil, itupun sekiranya berpandukan ajaran Quran.

3. Tetapi saya bukan mahu membuat komen tentang minda primitif. Saya ingin mempersoalkan sama ada Najib dengan 2.6 Bilion Ringgit di dalam akaun peribadi beliau adalah hasil dari pekerjaan sebagai Perdana Menteri. Adakah dengan kedudukan beliau mampu memperoleh dana rahsia dan menyimpannya di dalam akaun peribadi. Tidak ada Perdana Menteri Malaysia sebelumnya melakukan sedemikian rupa.

4.  Di dalam Kerajaan terdapat prosedur dan peraturan untuk menerima dan mengurus dana. Najib tidak akur dengan peraturan ini. Malah  beliau mengakui bahawa wang itu adalah hadiah kepada beliau secara peribadi, bukan kepada Kerajaan. Najib seolah-olah tidak perlu membayar cukai ke atas wang ini. Jelas sekali pemilikan dan pengurusan RM2.6b ini bukan sebahagian daripada pekerjaan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

5. Wang tersebut bagaimanapun bukanlah rahsia Kerajaan yang dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi. Laporan oleh Bank Negara dan SPRM ialah berkenaan salahlaku yang melibatkan Najib sebagai individu semasa dalam Kerajaan. Salahlaku perlu disiasat dan dilaporkan oleh penguatkuasa yang bertauliah agar tindakan sewajarnya boleh diambil berdasarkan undang-undang Negara.

6. Polis dan badan penguatkuasa yang lain perlu bertindak dan menyiasat laporan ini. Dengan tidak berbuat apa-apa, menunjukkan tugas telah diabaikan. Melindungi juga dianggap sebagai jenayah.

7. Peguam Negara mempunyai hak untuk menentukan sama ada kes dibawa ke mahkamah atau tidak. Hak itu perlu dijalankan berdasarkan kepada pertimbangan elemen-elemen yang berkaitan dalam kes tersebut serta keprihatinan awam tentang hal ini. Kesemua bahagian perlu didengari. Ini hanya boleh dilakukan di mahkamah. Pengadilan oleh Peguam Negara dengan mudah melalui bacaan laporan dikira sebagai penafian keadilan, remeh dan tidak adil, terutama apabila laporan yang dibuat adalah dari institusi yang berwibawa dan berkredibiliti. Apa yang telah dilakukan Peguam Negara telah merosakkan kredibiliti institusi tadbir urus dan sebahagian daripada sistem kehakiman Negara ini.

8. Akta OSA tidak bermaksud untuk merahsiakan perbuatan jenayah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai Kerajaan. Perbuatan jenayah itu tidak berada  di atas udang-undang. Mereka perlu disiasat oleh pihak berkuasa dan dihadapkan ke mahkamah.

9. Seketika, individu yang melaporkan salahlaku yang dilakukan oleh Najib, telah ditangkap bersama peguam, ditahan dan didakwa di mahkamah.

10. Apabila Peguam Negara memilih untuk menghukum seseorang, undang-undang perlulah setimpal  dengan kesalahan. Apabila hukuman tidak setimpal dengan jenayah, sehinggalah hakim menolak kes ini, Peguam Negara telah kehilangan kredibiliti. Maka sistem keadilan juga turut rosak bersama kredibiliti Peguam Negara.

11. Sekarang ini Peguam Negara mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah. Andai kata Peguam Negara menang kes ini, institusi kehakiman bakal hilang hormat dan penerimaan oleh rakyat juga hilang.

12. Sekiranya Peguam Negara mahu meraih semula kredibilitinya, beliau perlu menjelaskan sama ada beliau menganggap jenayah yang dilakukan pegawai-pegawai Kerajaan adalah dianggap rahsia Kerajaan yang perlu disembunyi dan dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi ataupun tidak.

http://chedet.com/?p=2001

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat