TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, March 9, 2016

Mutakhir : Undur Najib membolehkan proses tindakkan undang-undang di Mahkamah!!!

Pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari kuasa akan memberi laluan kepada proses tindakan undang-undang diambil terhadapnya dan dirinya diadili dengan seadilnya di mahkamah, kata bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini menjadi seteru politiknya.

“Peletakan jawatan Najib tidak akan menyebabkan kerajaan BN digulingkan.

“Sebaliknya, ia akan memberi laluan kepada proses tindakan undang-undang diambil terhadapnya dan beliau diadili dengan seadilnya di mahkamah.

“Seterusnya, reformasi institusi secara total perlu dilaksanakan untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, telus dan amanah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Muhyiddin yang juga digantung sebagai timbalan presiden Umno, berkata demikian bagi menjawab kritikan berhubung tindakannya yang menandatangani ‘Deklarasi Rakyat’ yang menuntut penyingkiran Najib.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan siasatan berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion daripada akaun luar pesisir dan dana RM42 juta milik SRC International yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib.

Najib secara konsisten menafikan nbahawa beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan menuduh ada pihak yang cuba berkomplot bagi menggulingkannya.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga telah membebaskan Najib daripada sebarang salah laku.

Akhbar The Wall Street Journal mendakwa RM2.6 bilion berkenaan berasal daripada entiti yang dikaitkan dengan 1MDB yang mana Najib adalah penasihatnya tetapi perdana menteri mendakwa wang itu adalah sumbangan politik dari Timur Tengah.

Muhyiddin juga menempelak penyokong Najib yang mendakwa panggilan Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan perdana menteri sebagai tidak demokratik.

“Sebaliknya, yang tidak demokratik adalah mereka. Terbaharu, maklumat berkaitan 1MDB tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi.

“Adakah kerajaan pimpinan Najib ingin menyorok lebih banyak penyelewengan berhubung skandal 1MDB daripada pengetahuan rakyat? Adakah ini satu tindakan yang demokratik? soalnya.

Muhyiddin mendakwa orang-orang di sekeliling Najib sebenarnya bimbang akan kesan inisiatif Mahathir terhadap kedudukan ketua mereka sebagai perdana menteri.

Deklarasi itu, katanya, bukan sahaja mendapat sokongan tokoh daripada pelbagai latarbelakang politik, malah turut disokong oleh pelbagai lapisan rakyat yang mula menandatangani dokumen ini secara atas talian.

“Saya percaya lebih ramai rakyat akan tampil menyatakan sokongan mereka terhadap Deklarasi Rakyat dalam masa terdekat.

“Sudah pasti perkembangan ini amat membimbangkan Najib dan orang-orang sekelilingnya,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat