TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, March 14, 2016

Gempak : Pendedahan Jual beli tanah Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM )

1MDB Jual Harta Kepada China Lagi

A Kadir Jasin

BELI tanah Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi dengan harga murah, tubuh syarikat pemaju dan jual 60 peratus saham kepada konsortium China-Malaysia.
 
Satu lagi contoh perniagaan atas angin 1MDB ala pelaburan strategik ciptaan Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak.

Betul lah macam kata (Tan Sri) Rafidah Aziz, 1MDB tak bawa apa-apa keuntungan kepada negara. Tak payah tunggu Rafidah buat kesimpulan. Rakyat jelata pun dah faham. Bukan tak untung malah rugi besar. Bukan rugi duit saja, tapi hilang maruah dan kedaulatan.

Itulah “hadiah” tahun baru 2016 Mohd Najib dan budak cerdiknya, Arul “Azrul” Kanda Kandasamy kepada kita – jual 60 peratus saham projek Bandar Malaysia atas tapak pangkalan TUDM itu dengan harga RM7.41 bilion kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

IWH adalah milik Cina Malaysia, (Tan Sri) Lim Kang Hoo yang dikatakan tauke pilihan di Johor manakala CREC adalah milik kerajaan China.
 
Mari kita jadi pahat yang berbunyi selepas rumah siap pasal rumah yang kononnya siap itu compang-camping macam reban ayam sementara. Rasanya dangau di tengah sawah lagi kukuh.

Kononnya masalah hutang dan skandal 1MDB dah selesai. Tapi dok tak dok, hutang yang kita sebut-sebut RM42 bilion dah naik jadi RM45 bilion. Harta dekat-dekat habis dijual kepada orang asing.
 
Kita pun kena juga tanya syarikat dari China itu, kepakarannya kereta api. Adakah ia juga berkepakaran dalam bidang hartanah. Takut-takut ada muslihat lain di sebalik penjualan kepada syarikat dari China itu. Yang kita tahu projek landasan berkembar dari Gemas ke Johor Baru belum lagi dibagi kepada sesiapa.

Silap-silap banyak lagi aset negara akan dijual atau dipajakkan kepada orang asing untuk tutup lubang 1MDB dan kekalkan Mohd Najib sebagai Perdana Menteri.

Apa Yang Strategiknya?

Macamlah pelaburan hartanah strategik dan susah sangat sampai pelabur tempatan tak mampu nak buat. Apa halnya dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan amanah Bumiputera macam Sime UEP, SP Setia, Boustead dan banyak lagi yang dah berpuluh tahun jadi pemaju hartanah?

Pasal apa tak jual kepada mereka? Pasal apa tak suruh mereka pakat-pakat buat konsortium?

Cuba tanya, siapa yang majukan KLCC, KL Sentral, Subang Jaya-USJ dan banyak lagi projek hartanah bersepadu kalau bukan syarikat-syarikat tempatan milik kerajaan dan agensi pelaburan Bumiputera?

Kalau nak juga pelaburan negeri China, ajaklah mereka buat projek yang betul-betuk strategik macam bina kapal terbang, kereta api laju atau kapal kontena yang macam mereka buat di negeri China?

Kalau tak mahu bagi kepada Melayu sebab takut dituduh kroni atau malu nak minta “derma”, pakatlah dengan syarikat Cina tempatan yang ternama dan terbukti macam Eco World, Pavilion Reit, Mah Sing dan banyak lagi.

Ini Cerita Anak Jahat

Cara 1MDB berniaga ini cerita anak jahat yang curi-curi beli tanah bapa sendiri dengan harga murah dan sembunyi daripada adik-beradik.

Bila nak pinjam duit bank, bank minta bapa bagi jaminan. Bapa pun bagi sebab anak janji nak hantar pergi Makkah buat umrah.

Tumbuk rusuk sana, bagi rasuah sini, tanah pun ditukar kegunaan dan dinilai semula dengan harga yang tinggi.

Tapi tembelang pecah. Adik-beradik dapat tahu dan mengamuk. Nak jual kepada Melayu, Melayu tak ada duit. Yang ada duit takut diseret ke dalam pergaduhan keluarga macam yang jadi kepada Tabung Haji bila beli tanah TRX. TRX adalah satu lagi perniagaan atas angin 1MBD.

Pergi jumpa Ah Eng tauke emas, Ah Eng tak mahu sebab harta dah jadi beracun (toxic). Jadi kenalah cari Cina tempat lain yang berani. Cina tempat lain tu pula pakat dengan Cina dari Negeri China.

Jadi tanah yang dulu milik keluarga sekarang 60 peratus dah jadi hak orang lain. Adik-beradik terlepas juga sebab duit yang dapat nak kena guna bayar hutang.

Silap-silap nak beli rumah yang Cina akan majukan itu pun tak mampu. Tak tahulah apa akan jadi dengan janji nak hantar ayah ke Makkah. Bolehkah hantar orang pergi Makkah dengan duit hutang? Dalam Islam, orang yang berhutang itu tarafnya hamba.

Jangan salahkan Cina, tak kira Cina tempatan atau Cina negeri China, Singapura, Indonesia atau Taiwan. Mereka peniaga. Kerja mereka cari dan ambil kesempatan. Kalau Melayu bodoh, tamak haloba dan rasuah, jangan marah Cina kalau habis harta tergadai.

Kerja Haram Zadah

Meminjam dan mengubah suai dua ungkapan yang Mohd Najib sendiri guna, yang “haram zadah” adalah Melayu jenis bangsat yang sanggup gadai maruah bangsa dan agama kerana mabuk kuasa, gila harta dan suka berfoya-foya.

Sebelum ini 1MDB beli penjana elektrik bebas (IPP) milik Melayu, Cina dan India tempatan dengan harga tinggi kemudian jual lebih murah kepada pelabur Cina negeri China. Melayu, Cina dan India tempatan untung sebab dapat untung besar bila 1MDB beli mahal. Syarikat negeri China pula untung sebab 1MDB jual murah.

Tak hairanlah kalau kita tercium sesuatu yang mencurigakan dalam urusan jual-beli terbaru ini. Seolah-olah ada udang sebalik baru.

Kemudian upah pemakan-pemakan dedak menyalak kononnya masalah 1MDB dah selesai, dosa dah tertebus, janji dah tertunai dan segala-galanya beres.

Tapi hanya orang yang tak tahu apa-apa saja akan percaya cerita karut-marut mereka. Yang tulis itu pun rasanya tak faham sebab mereka pun bergantung kepada penulis hantu.

Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat