Sejarah
Penubuhan pasukan elit tentera darat ini bermula selepas konfrontasi yang melibatkan Persekutuan Malaysia-Indonesia pada tahun 1965. Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul dari konfantasi tersebut, Menteri Pertahanan Malaysia pada ketika itu, Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein, telah memberi arahan untuk mengadakan unit ujian.
Menteri Pertahanan telah mengarahkan sukarelawan dan sejumlah sukarelawan dari tentera darat dan laut untuk mengambil bahagian. Pada 25 Februari 1965, satu latihan asas komando diperkenal dan dikendalikan oleh Regimen ke-40 Komando Marin DiRaja British (40th British Royal Marines Commando) di Kem Majidee, Johor Bahru, Johor.
Daripada 300 sukarelawan yang mengambil bahagian, hanya 15 orang sahaja yang terpilih untuk menjalani latihan asas Komando selama 6 minggu. Pada akhir latihan, hanya 4 Pegawai dan 9 anggota dari lain-lain pangkat berjaya dalam latihan ini dan juga merupakan trup nukleus yang pertama. Mereka adalah :
1. Leftenan Kolonel Shahrul Nizam Bin Ismail (Jeneral Bersara)
2. Mejar Abu Hassan bin Abdullah (Kolonel Bersara)
3. Leftenan Mohd Ramli bin Ismail (Mejar Jeneral Bersara)
4. Leftenan Dua Ghazali bin Ibrahim (Mejar Jeneral Bersara)
5. Leftenan Dua Hussin bin Awang Senik (Kolonel Bersara)
6. 6842 Sarjan Ariffin bin Mohamad
7. 300152 Sarjan Anuar bin Talib
8. 4861 Sarjan Zakaria bin Adas
9. 201128 Sarjan Yahya bin Darus
10. 202072 Koperal Silva Dorai
11. 203712 Koperal Moo Kee Fah
12. 13852 Lans Koperal Johari bin Haji Morhd Siraj
13. 10622 Lans Koperal Sabri bin Ahmad
Kejayaan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga berkebolehan untuk mengambil apa jua peranan dan tugas yang diberikan. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih khas dari Rejimen ke-40 Royal Marines Commando British bawah pimpinan Mejar Bacons dan Kapten Seager, Grup Gerak Khas mula melebarkan sayap pada tahun yang sama, mereka berjaya mengatasi 6 latihan asas komando.
Mejar Abu Hassan bin Abdullah merupakan Pegawai Komand Pertama bagi Grup Grak Khas (GGK), dan Sarjan Ariffin menjadi Mejar Skuadron yang pertama. Pada akhir 1965, kekuatan GGK adalah sebanyak 70%. Bagi memastikan pembangunan yang seiring dengan pasukan elit, pegawai dari pelbagai pangkat dihantar keluar negara untuk menjalani kursus-kursus khas seperti penyusupan lintas udara, penerjunan bebas, operasi-operasi khas, renjer, teknik amfibia dan sebagainya.
Anggota Rejimen 21 Grup Gerak Khas dengan senjata raifal Colt M16A1 dalam sesi latihan. Pasukan ini telah banyak mengharumkan nama negara sepanjang kariernya memerangi keganasan.
GGK juga mengadakan latihan bersama dengan pasukan elit dari negara lain seperti KOPASSUS TNI-AD dari Indonesia, Special Air Service (Australia, Britain), Special Service Group (Pakistan), US Delta Force dan Green Beret (Amerika Syarikat).
KOPASSUS yang merupakan pasukan elit Indonesia yang paling kerap mengadakan latihan silang bersama dengan GGK ini kerana bagi menjaga nama baik kedua-dua negara serumpun selepas konfrontasi tersebut, pasukan ini mengadakan hubungan persahabatan dengan unit elit ini. GGK telah mengadakan operasi di Timur Malaysia dan semasa insiden 13 Mei 1969.
Selepas Konfrontasi 1967, terdapat perbincangan sama ada untuk menyambung atau mengekalkan unit khas ini. Ini kerana terdapat implikasi kewangan dari unit GGK di mana ia bersamaan dengan keperluan dua Batalion Infantri. Oleh kerana isu tersebut, GGK telah dipindahkan ke Kem Segenting, Port Dickson pada 1968. info ringkas.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.