Sekiranya pihak Eksekutif berasa tidak senang dengan Yang di-Pertuan Agong, pihak Eksekutif tidak akan dapat berbuat apa-apa kerana Yang di-Pertuan Agong dilantik Majlis Raja-raja.
Jadi tiada mana-mana badan mempunyai kuasa mutlak di bawah Perlembagaan Persekutuan baik Eksekutif, Legislatif atau Kehakiman.
Peranan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja jelas amat penting untuk mengimbangi kuasa Eksekutif dan memastikan sebarang tindakan eksekutif yang pada hemat Majlis Raja-raja menerusi Yang di-Pertuan Agong yang dilantik Majlis Raja-raja akan dinilai samada berterusan mendapat sokongan ahli Dewan Rakyat atau tidak.
Pindaan Perlembagaan yang mengambil sedikit kuasa Raja-raja Melayu semasa krisis Perlembagaan tidak langsung menjejaskan peranan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja untuk tetap terus mengimbangi kuasa Eksekutif.
Disebabkan itu juga lafaz sumpah menjadi perdana menteri dan menteri-menteri Persekutuan adalah lafaz sumpah yang amat berat seperti yang kita bincangkan sebelum ini, di mana jika gagal berlaku jujur kepada Yang di-Pertuan Agong.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.