Pesawat MIG-29N merupakan pesawat pemintas yang berpengalaman dan berkemampuan di rantau ini.
Terbukti dalam latihan-latihan luar negara dari pelbagai pesawat moden. Rekod latihan MIG-29N sangat membanggakan pernah bertempur dalam segmen dogfight ( Pertempuran udara jarak dekat ) antara pesawat moden seperti F/A-18EF Super Hornet, F-15C,F-16, Eurofighter Typhoon sekalipun F-22 Raptor dalam pelbagai latihan yang di jalankan di dalam negara adalah satu rekod latihan yang sangat bermakna.
MIG-29N masih mampu memberi tentangan berbisa bagi keselamatan negara.
RAC MIG bersetuju berkerjasama menaik taraf MIG-29N milik TUDM kepada MIG-29NM sebagai pesawat pelbagai peranan MARC dengan mengunakan kemudahan fasiliti miliknya di Malaysia.
Keupayaan ini dipertingkatkan setaraf dengan MIG-29SMT bukan sahaja opsyen paling berbaloi kerana ia bukan sahaja menjimatkan kos, malah bakal membuka lembaran baru kepada Industri tempatan dalam bidang penghasilan pesawat tempatan.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.